PROMOSI

Thursday, November 25, 2010

LAMAN PERBINCANGAN MAYA CIKGU ANDA

Para pengunjung laman ini boleh menyertai perbincangan maya menerusi satu laman yang baharu disediakan. Laman tersebut membolehkan para pengunjung berbincang pelbagai topik mengenai pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Semoga kewujudan laman tersebut mampu membantu guru-guru dan para pelajar meningkatkan kemahiran dan meraih kecemerlangan dalam peperiksaan yang akan diduduiki.

Untuk itu, anda boleh berkunjung ke laman berikut :

http://s4.zetaboards.com/CIKGU_ANDA/index/

Selamat berbincang secara maya.

Wednesday, November 17, 2010

Karangan Contoh SPM 2010

Kesan-Kesan Teknologi Maklumat (ICT)

Zaman beralih dan musim berubah. Fasa demi fasa perubahan dunia telah berlaku. Dari zaman falsafah ke Zaman Renaissance, bertukar pula ke zaman industri dan zaman atom, kini sampailah pada hari ini yang disebut dengan zaman teknologi maklumat (ICT). Dalam setiap zaman yang dilalui oleh manusia telah menempuh pelbagai cabaran dan seyogianya manusia memperoleh pelbagai input baharu. Daripada pelbagai sumber pengetahuan, penemuan bidang ICT telah berjaya menginjak tamadun dunia kepada situasi yang lebih kompetitif. Teknologi ICT telah mewajarkan manusia mencapai pelbagai kemajuan lebih-lebih lagi dalam bidang ilmu pengetahuan dan maklumat yang paling canggih. Sesungguhnya, kemajuan teknologi ini meninggalkan pelbagai implikasi atau kesan sama ada implikasi yang positif atau negatif.

Kehadiran teknologi maklumat merupakan anugerah istimewa kepada dunia pendidikan. Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi maklumat. Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dengan pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya. Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui iklan di surat khabar menjelaskan hakikat ini. Iklan tersebut berbunyi, “Jika anda sakit dan tidak dapat menghadiri sekolah, kami akan menghantar guru ke rumah anda!” Iklan tersebut memaparkan gambar seorang budak yang sakit menggunakan komputer untuk meneruskan pelajarannya tanpa perlu pergi ke sekolah. Begitulah kelebihan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan.

Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisien dengan adanya kemudahan maklumat ini. Dunia hari ini heboh tentang e-niaga iaitu cara perniagaan melalui elektronik. Syarikat-syarikat e-niaga muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir semua perniagaan sekarang mengiklankan alamat laman sesawang mereka beserta alamat mel elektronik atau e-mel. Kini, istilah www.sesuatu.com.my bukan lagi satu perkara yang asing. Pelbagai barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli melalui internet, bukan sahaja dari peringkat glokal malah dari seluruh pelosok global ini. Syarikat-syarikat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam hal ini malah tidak beberapa lama dahulu ada berita di surat khabar yang mengkhabarkan seorang suri rumah tempatan mengambil pesanan nasi lemak melalui e-mel. Jadi, jelaslah bahawa perkembangan teknologi maklumat membawa kesan positif dari aspek perniagaan.

Di samping itu, kemajuan teknologi maklumat juga meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran industri kita. Perkembangan teknologi maklumat secara langsung atau tidak membantu meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat serta dengan kesilapan yang amat minimum. Umpamanya, dengan adanya e-mel, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan negara, masa dan ruang. Tanpa teknologi maklumat, kita tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Produk kita akan dicap sebagai ketinggalan zaman. Mujurlah, kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi tumpuan kepada pembangunan teknologi maklumat. Hal ini dapat dibuktikan ketika Bill Gates, insan terkaya di dunia melawat Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multimedia Super Corridor (MSC) di kawasan seluas 750 kilometer persegi, dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), beliau memuji Malaysia sebagai negara yang paling serius dalam membangunkan pusat multimedianya. Oleh itu, terbuktilah bahawa pembangunan teknologi maklumat membolehkan Malaysia berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain.

Dari segi sosialnya pula, pembangunan teknologi maklumat mengeratkan hubungan antara rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat disalurkan agar rakyat dapat membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan seharian. Hubungan melalui mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada panggilan telefon dan jauh lebih pantas daripada penghantaran surat. Selain itu, hubungan antara negara terutamanya pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Semangat persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk dalam kalangan rakyat pelbagai negara dan berbilang kaum. Bukankah teknologi ini satu anugerah yang tiada tolok bandingnya?

Walau bagaimanapun, pembangunan pesat teknologi maklumat tidak bebas daripada implikasi negatifnya. Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek negatif yang boleh menggugat keamanan negara. Maka, tidak hairanlah apabila terdapat sesetengah pihak yang menggunakan teknologi ini untuk yang menyampaikan khabar yang tidak berasas dan berbaur fitnah. Di Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin. Contohnya, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999 di Chow Kit, Kuala Lumpur yang disebarkan melalui internet pada suatu ketika dahulu. Khabar angin ini pasti mempengaruhi rakyat untuk bertindak di luar batasan kemanusiaan. Semua ini boleh membawa kemudaratan kepada negara kita sendiri. Sekiranya kerajaan tidak mengawasi pergerakan golongan yang berniat jahat ini, keadaan anarki mungkin terpaksa dihadapi oleh negara dan rakyat kita. Aspek negatif internet inilah yang sukar dibendung oleh sesiapa.

Teknologi maklumat juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya dalam kalangan generasi muda. Gambar dan bahan pornografi mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam internet. Remaja yang mendahagai pengetahuan seks dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini yang bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing ingin mengaut keuntungan besar dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam. Masalah ini juga merebak dengan cepat bagai belut diketil ekor dalam kalangan pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Hal ini turut memeningkan kepala para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman negatif ini. Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan keadaan lagi. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan perkongsian maklumat negatif dalam kalangan remaja dan belia. Sesungguhnya, teknologi maklumat sememangnya menyebarkan unsur-unsur lucah dan meningkatkan kebejatan akhlak remaja kita.

Sebagai penutup bicara, teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan, namun pada masa yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara kita. Jadi, sebagai pengguna yang bijak kita tidak harus menyalahgunakan kemudahan teknologi maklumat ini. Semua pihak harus bersinergi bagai aur dengan tebing dan mengambil langkah sederap untuk memastikan tiada unsur negatif yang berlaku seiring dengan ledakan teknologi berinformasi ini. Sudah menjadi tugas kita bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh. Semoga impian negara untuk melahirkan masyarakat yang maju dan berinformasi tercapai bagi memudahkan negara merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020. Sesungguhnya Saidina Ali Abi Talib pernah berkata bahawa manusia yang berdagang dengan ilmu maka ilmunya akan bertambah tetapi apabila manusia berdagang dengan harta maka hartanya semakin berkurang.

Kosa kata:
1. seyogia – sepatutnya, selayaknya
2. input – sumber
3. menginjak – mengubah
4. kompetitif – bersaing
5. glokal – tempatan
6. berbaur – bercampur
7. anarki – porak-peranda
8. wahana – saluran
9. kebejatan – keruntuhan


Dicatat oleh Cikgu Anelyza


USAHA TANGGA KEJAYAAN

“Doa kami (guru-guru) sentiasa mengiringi kejayaan anda. Semoga anda mendapat A+ untuk BM dalam SPM 2010 kelak”

Thomas Edison – “Orang yang tidak mengasah mindanya dengan membaca terlepas banyak peluang dalam hidup.”

Alexander of Macedon – “Kita terhutang budi kepada ibu bapa yang membesarkan kita tetapi kita tidak dapat membalas budi guru yang menjadikan hidup kita sempurna.”

James Michener – “Jangan katakan esok apabila hari ini dapat anda lakukan kerana apabila hari ini anda berdalih, anda juga akan berdalih esok.”

Aristotle – “Apabila mahukan kejayaan, janganlah hanya mengira anak-anak tangga tetapi panjatlah anak-anak tangga itu satu persatu.”

Thomas Edison – “Kecerdikan ialah satu peratus inspirasi dan 99 peratus lagi memerlukan kerja keras.”

Kepentingan Memulihara Bangunan Bersejarah

(AT) Pembangunan di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat seiring dengan nama Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai negara yang sedang membangun. Banyak kilang perindustrian, pusat beli-belah dan rumah dibina yang menggunakan ruang yang luas sehingga memakan tanah yang berhektar-hektar. Antara isu yang hangat yang telah dibincangkan di kedai kopi sehingga sidang di Dewan Parlimen mutakhir ini ialah isu meruntuhkan bangunan bersejarah tetapi perbincangan itu telah membuat keputusan muktamad untuk tidak meruntuhkan bangunan tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat juga negara-negara yang telah merobohkan bangunan bersejarah seperti di Surabaya, Jakarta. Mengapakah ada kejadian seperti ini berlaku? Adakah perlu bangunan tersebut diruntuhkan? Tepuk dada tanyalah selera. (AA)Sebenarnya, terdapat pelbagai kepentingannya kita perlu mengekalkan bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita.

(AI1) Satu daripada kepentingan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialah bangunan bersejarah atau monumen dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu era atau peristiwa sejarah yang telah berlaku. (AH) Monumen, mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat bermaksud bangunan yang dibina untuk memperingati seseorang atau peristiwa penting. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 50 tahun, kesan yang ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti British, Belanda dan Portugis masih dapat dilihat dan perlu dijaga dan bukanlah untuk dimusnahkan. Di samping itu, bangunan bersejarah amat penting untuk generasi kini dan juga generasi yang akan datang kerana dengan kewujudan bangunan bersejarah, kita dapat membuktikan bahawa sejarah Malaysia yang telah dibukukan oleh penulis-penulis yang terkenal merupakan sesuatu yang realistik dan bukanlah cerita-cerita dongeng, mitos atau lagenda. (AC) Sebagai contohnya, zaman kegemilangan bandar pelabuhan Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16 dapat dirasai dengan wujudnya Pintu Gerbang Porta de Santiago, Gereja Christ, Bangunan Stadhuys dan Gereja St.Paul. Selain itu, Kota Cornwallis, Masjid Kling, Gereja St.George di Georgetown, Pulau Pinang dapat mengimbas kembali detik-detik sejarah negara yang pernah suatu masa dahulu dijajah dan juga dapat membuktikan berlakunya penjajahan awal pemerintahan British di Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-18. (AKI) Tegasnya, usaha meruntuhkan bangunan bersejarah dan monuman negara tidak wajar dilaksanakan.

(AI2) Pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangunan bersejarah perlu diruntuhkan adalah tidak berasas kerana bangunan bersejarah dan monumen lama dapat memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat terutamanya remaja kini yang mempunyai semangat patriotisme yang semakin menipis. (AH)Walaupun ada antara bangunan bersejarah yang hanya menggambarkan sejarah hitam negara namun jika kita menghayati sejarah di sebalik bangunan tersebut semula serta mengambil pengajaran daripada peristiwa yang telah berlaku, maka kita dapat terus mara ke hadapan tanpa mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu. (AC) Sebagai contohnya, Kota A Famosa di Melaka yang merupakan sebuah kubu pertahanan yang kukuh telah dibina oleh Portugis setelah mereka berjaya menakluki Melaka dapat dijadikan iktibar. (AHC) Penaklukan ini terjadi kerana terdapatnya masalah perpaduan, kelemahan kepemimpinan dan juga kelemahan tentera yang mengawal Melaka. Negara kita juga mampu menjadi negara yang setaraf dengan negara-negara maju yang lain sekiranya kita tidak mengambil mudah dan mengambil iktibar daripada sejarah negara. (AKI) Tuntasnya, bangunan bersejarah di negara kita sememangnya tidak perlu diruntuhkan kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

(AI3) Bukan itu sahaja, dari sudut pelancongan pula, bangunan bersejarah dan monumen dapat menarik pelancong baik pelancong tempatan mahupun pelancong dari luar negara untuk melawat ke negara kita. (AH) Bangunan ini juga menjadi salah satu faktor dominan pelancong bercuti di negara kita selain menyaksikan kehebatan bangunan yang moden seperti Menara Berkembar Petronas. (AC) Di samping itu, pelancong juga dapat melawat bangunan bersejarah dan melihat monumen-monumen yang terdapat di sekitar bangunan selain menikmati keindahan alam semula jadi negara kita dan artifak-artifak di dalam muzium dan galeri seni lukis. Oleh itu, bangunan bersejarah tidak perlu diruntuhkan sebaliknya dipulihara dan diubah suai. (AC) Sebagai contohnya, bangunan lama hendaklah diubah suai untuk dijadikan muzium, galeri seni lukis dan pusat pelancongan. Fenomena ini sudah menjadi suatu perkara biasa di beberapa buah negara Eropah seperti di England, Perancis, Itali, dan Belanda. Bandar-bandar bersejarah seperti York, Bath, Oxford, dan Cambridge di England telah berjaya melindungi sebahagian besar daripada bangunan bersejarah mereka dengan baik. (AHC) Usaha seperti ini dapat menarik pelancong dari seluruh dunia dengan lebih banyak dan dapat menjadi sumber pendapatan negara. (AKI) Oleh itu, bangunan dan monumen ini secara tidak langsung dapat membantu industri pelancongan negara.

(AI4) Di samping itu, bangunan dan monumen lama juga memainkan peranan yang penting dalam pendidikan di negara kita khususnya para pelajar dan penyelidik. (AH) Pelbagai ilmu yang dapat dipelajari dengan memahami dan mengkaji bangunan dan monumen lama. (AC) Sebagai contohnya, dengan terdapatnya bangunan dan pancutan air Horse di sekitar Dataran Merdeka dan Masjid Jamek di pertemuan Sungai Gombak dan Klang di Kuala Lumpur, seseorang dapat mengetahui bukan sahaja kepentingan Kuala Lumpur dalam era kolonial British tetapi juga kehidupan dan kebudayaan masyarakat penjajah dan tempatan pada ketika itu. Bangunan Kelab Di Raja Selangor dan Dataran Merdeka telah dibina bagi kemudahan sosial dan rekreasi khasnya kepada rakyat British dan Eropah yang berkhidmat di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19. Begitu juga halnya dengan kepentingan pancutan air Horse yang telah dibina di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Raja Laut pada tahun 1897. Pancutan air Horse dibina sebagai memperingati seorang inspektor polis negeri Selangor, iaitu Encik Steve Harper. Pemuliharaan dan penghayatan kemaslahatan bangunan bersejarah dapat memahamkan pelajar tentang peri pentingnya semangat cinta akan tanah air kerana tak kenal maka tak cinta melalui apabila para. (AKI) Sesungguhnya, bangunan bersejarah dan monumen sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri.

(AI5) Pemuliharaan terhadap bangunan-bangunan bersejarah itu dapat membuktikan bahawa generasi kini tidak pernah melupakan jerih payah perjuangan masyarakat silam. (AH) Selain menikmati kesenangan dan keselesaan hasil titik peluh warga terdahulu, masyarakat hari ini dapat mencurahkan rasa syukur dan kasih sayang mereka terhadap golongan yang berjaya menyediakan tapak yang kukuh untuk mewujudkan sebuah tamadun. (AC) Buktinya, jutaan ringgit diperuntukkan untuk memelihara dan memulihara bangunan bersejarah di seluruh tanah aiar terutamanya di kawasan-kawasan bersejarah seperti di Melaka, Kuala Lumpur dan Perak. (AKI) Jadi, usaha memelihara dan memulihara bangunan yang dibina oleh masyarakat silam dan menjadikannya sebagai monumen bersejarah merupakan usaha untuk menghargai jasa mereka kerana harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan usaha ini sentiasa dilaksanakan dari semasa ke semasa.

(AR) Secara tuntas, bangunan bersejarah amat penting dalam pembentukan minda generasi muda negara terutamanya ke arah penghayatan warisan dan khazanah negara. Bangunan dan monumen yang bersejarah merupakan aset yang patut dipelihara dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Dengan terdapatnya bangunan bersejarah, generasi baharu akan lebih menghargai dan peka akan perkembangan sejarah negara. Hal ini akan membentuk masyarakat yang sensitif terhadap sebarang perobohan atau pemusnahan bangunan bersejarah. (ACd) Sesungguhnya, pihak kerajaan pula perlulah mewartakan bangunan bersejarah sebagai bangunan yang perlu dikekalkan. Oleh hal yang demikian, mana-mana pihak yang merobohkan atau memusnahkan bangunan bersejarah, mereka perlulah dikenakan tindakan undang-undang. (AHrp) Cintailah sejarah ibu pertiwi kita demi kematangan perjuangan rakyat kita kerana nilai sejarah tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.


FOKUS KARANGAN SPM
TEMA : SEMANGAT KEJIRANAN
ARAHAN: LANGKAH PEMUPUKAN


PENDAHULUAN:
AT:
- Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah sama ada di sebelah, di hadapan atau di belakang rumah.
- dianggap sebagai sahabat pada waktu kesusahan – jiran sepakat membawa berkat
- semangat kejiranan ialah semangat membantu masyarakat di sekeliling
- semangat kejiranan semakin luntur kerana sikap masyarakat yang terlalu sibuk bekerja dari pagi hingga malam lalu tiada masa untuk bertegur sapa dengan jiran
AA :
- mempunyai kepentingan – langkah-langkah pragmatik perlu diambil untuk memupuk semangat kejiranan

ISI 1:
AI – menubuhkan persatuan / pertubuhan
AH:
- membentuk persatuan yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur
- melibatkan semua penduduk sebagai ahli tanpa mengira kaum
- Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Pertubuhan Khairat Kematian dan sebagainya
AC:
- Pertubuhan Rukun Tetangga – bergilir-gilir mengawasi keselamatan setempat untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini
- mengadakan rondaan bergilir-gilir – memaparkan sikap kerjasama bagai aur dengan tebing
AKI:
- Penubuhan persatuan / pertubuhan dapat mengeratkan hubungan antara jiran

ISI 2:
AI – mengadakan aktiviti gotong-royong
AH:
- jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang untuk menjayakan aktiviti tersebut - dapat berkenal-kenalan dan dapat mengenali hati budi jiran dengan lebih dekat kerana tak kenal maka tak cinta
AC:
- membersihkan kawasan taman perumahan, mengadakan kenduri-kendara dan sebagainya
AKI:
- Aktiviti serampang dua mata – hubungan silaturahim antara jiran terjalin dan kebersihan terjamin

ISI 3:
AI – mengadakan majlis rumah terbuka
AH:
- dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan
- jiran dapat bertanya khabar dan berkongsi pengalaman
- berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah
AC:
- Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas dan sebagainya dijadikan acara tahunan
AKI:
- mampu merapatkan hubungan antara jiran

ISI 4:
AI – Mengadakan aktiviti Hari Keluarga
AH:
- semua ahli keluarga jiran turut serta
- kemesraan akan terjalin antara semua kaum dan peringkat usia
AC:
- aktiviti berkayak, sukaneka, perlawanan bola sepak, bola tampar dan sebagainya
AKI :
- Di samping dapat mengeratkan hubungan antara jiran, badan juga akan menjadi lebih sihat dan cergas

ISI 5:
AI – menyemarakkan budaya kunjung-mengunjungi / ziarah-menziarahi
AH:
- dapat mengetahui masalah dan kesusahan jiran
- melahirkan rasa simpati dan keprihatinan
- berpegang pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa juga – dapat merasai segala kesusahan dan keperitan jiran
- dapat meringankan beban penderitaan dan menggembirakan hati jiran kerana berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
AC:
- menziarahi jiran di hospital apabila dirundung malang
AKI
- semangat kejiranan dapat dipupuk apabila keprihatinan dan keikhlasan ditunjukkan

ISI 6:
AI – Kerajaan mengadakan kempen kesedaran
AH:
- menyampaikan mesej tentang kepentingan semangat kejiranan
- menggunakan wadah media massa untuk menyampaikan mesej
- masyarakat akan mula mempersoalkan semangat kejiranan mereka dan berusaha untuk meninggalkan semangat itu
- kempen perlu berterusan atau berketiak ular dan bukannya hangat-hangat tahi ayam
AC:
- menyiarkan iklan yang menarik
AKI:
- peranan kerajaan juga penting untuk memupuk semangat kejiranan

PENUTUP
AR:
- sikap mementingkan diri sendiri bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dan sikap apati pada era ini perlu dikikis dalam setiap sanubari anggota masyarakat
ACd:
- semangat kejiranan yang menebal akan mengukuhkan perpaduan negara – bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
AHrp:
- berusaha dan bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk memastikan semangat kejiranan terpelihara demi memastikan keamanan dan keharmonian negara terpelihara

Saturday, November 13, 2010

CONTOH KARANGAN TEMA PERPADUAN

Oleh sebab perpaduan sangat penting, pelbagai langkah perlulah diambil untuk meningkatkan perpaduan di negara kita. Bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengukuhkan perpaduan.
Perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu dipupuk dari semasa ke semasa. Usaha ini amat penting dilakukan untuk memastikan keamanan negara sentiasa terpelihara. Pernahkah terlintas dalam benak kita tentang apakah yang dimaksudkan dengan ‘perpaduan rakyat’? Mengikut definisi yang diberikan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perpaduan rakyat dapat diertikan sebagai rakyat berganding bahu untuk melakukan sesuatu dan sentiasa menyelesaikan masalah secara musyawarah. Persoalannya ialah apakah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi memastikan perpaduan rakyat dapat dikekalkan dan ditingkatkan?

Satu daripada langkah yang perlu dilakukan ialah rakyat Malaysia haruslah mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi terutamanya nilai toleransi. Hal ini amat penting untuk mengelakkan berlakunya sebarang pertelingkahan atau perselisihan faham yang akan memecahbelahkan rakyat Malaysia. Menurut Tun Dr. Mohathir Mohamad, mantab Perdana Menteri Malaysia ke-4, kita haruslah mengetepikan emosi yang akan menyebabkan perpecahan. Oleh itu, rakyat Malaysia haruslah meneruskan kehidupan dalam suasana yang aman dan saling membantu atau bekerjasama serta mengikis sikap ‘bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing untuk memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat terus berkekalan.

Selain itu, badan bukan kerajaan (NGO) juga memainkan peranan yang penting dengan mengadakan pelbagai kempen untuk meningkatkan perpaduan. Dalam hal ini, mereka hendaklah menganjurkan ceramah yang bertajuk seperti “ Perpaduan Teras Kejayaan”. Aktiviti sebegini haruslah diadakan secara berterusan dan bukannya setakat hangat-hangat tahi ayam sahaja. Hal ini amat penting kerana melalui aktiviti tersebut, rakyat Malaysia akan terdedah dengan kepentingan perpaduan. Persengketaan dan perpecahan yang berlaku seperti di kebanyakan negara di dunia disebabkan mereka tidak sedar akan kepentingan perpaduan. Puncanya ialah ketiadaan kempen yang dijalankan secara berterusan. Oleh hal yang demikian, sesebuah negara yang dahulunya mempunyai perpaduan yang erat dalam kalangan rakyat, kini, mereka hidup porak-peranda. Adakah kita mahu agar perkara sebegini berlaku di negara kita? Jawapannya tentulah tidak!

Pertubuhan seperti Rukun Tetangga pula seharusnya mengadakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelbagai kaum. Melalui aktiviti tersebut, rakyat pelbagai kaum akan dapat saling memahami budaya kaum yang lain. Dengan ini, perpaduan rakyat dapat dikekalkan. Sebagai contohnya, mereka haendaklah menganjurkan aktiviti Majlis Rumah Terbuka sempena hari perayaan supaya dapat dihadiri oleh semua penduduk. Melalui aktiviti seperti ini, perkara sensitif yang melibatkan kaum tertentu dapat dielakkan dan rakyat pula tidak akan membangkitkan persoalan tersebut dan seterusnya mengelakkan berlakunya pertelingkahan mahupun pertelagahan yang tidak diingini. Mereka juga harus memahami bahawa ‘ bersatu teguh bercerai roboh’.

Pernahkan terlintas dalam fikiran kita bahawa ibu bapa juga memainkan peranan yang penting bagi memastikan perpaduan rakyat dapat dikekalkan? Ibu bapa merupakan orang yang terdekat dengan anak-anak. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa mendidik anak-anak mereka dengan nilai-nilai yang murni seperti toleransi. Berbalik pada zaman tradisi, asuhan dalam keluarga merupakan pendidikan yang paling ampuh bagi kanak-kanak mempelajari nilai-nilai murni daripada ibu bapa mereka. Oleh sebab itu, ibu bapa hendaklah menunjukkan teladan kepada anak-anak mereka agar anak-anak bergaul dengan kawan-kawan daripada pelbagai kaum dengan harmoni. Pepatah Melayu mengatakan bahawa bagaimana acuan begitulah kuihnya. Melalui cara ini, anak-anak akan menjaga sensitiviti kaum lain dan tidak akan menimbulkan masalah atau pergaduhan yang akan menyebabkan perpaduan tidak dapat dikekalkan.

Sebagai konklusinya, semua pihak haruslah berganding bahu ibarat ke bukit sama-sama didaki, ke lurah sama-sama dituruni untuk memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat dapat dikekalkan. Janganlah meranapkan impian Malaysia untuk mencapai wawasan 2020. Biar matahari terus bersinar, biar pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia terus gemilang. Ingatlah bahawa sekali sahaja perpaduan hancur, maka sukarlah untuk kita membinanya kerana telur sesanggkak, pecah sebiji pecah semuanya.

Ditulis oleh:

Oleh : Vincent Kok Chin Keong

Monday, November 8, 2010

ULANG KAJIN TERANCANG MENJELANG SPM

Kertas 1

Bahagian A- Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

Pilihan 1 Rajah – Amalan Gaya Hidup Sihat/Penayakit Obesiti

Pilihan 2 Gambar – Bangunan Bersejarah

Pilihan 3 Gambar-Pengangkutan Awam

Pilihan 4-Gambar tentang Pembuangan Bayi

Pilihan 5-Gambar tentang Kemalangan Jalan Raya

Bahagian B

Soalan 1-Tema Remaja/Diri Pelajar

Pilihan 1- Usaha untuk menangani Perlumbaan Motosikal Haram

Pilihan 2- Peranan Remaja untuk meningkatkan semangat perpaduan

Pilihan 3- Laporan tentang satu kegiatan yang pernah diikuti.

Pilihan 4-Kerjaya yang dipilih dan nyatakan cara anda untuk merealisasikannya.

Pilihan 5-Bincangkan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menjadi modal insan yang bertaraf dunia/kelas pertama/yang cemerlang.

Soalan 2-Tema Keluarga

Pilihan 1-Peranan Ibu bapa untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan ahli keluarga.

Pilihan 2-Kebaikan mengadakan pelbagai sambutan dalam kalangan ahli keluarga.

Pilihan 3-Gejala sosial berpunca daripada ibu bapa. Bincangkan

Pilihan 4-Cara ibu bapa untuk memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak.

Pilihan 5-Usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk membentuk keluarga bahagia.

Soalan 3-Tema: Persekitaran/Sekeliling Pelajar/masyarakat

Pilihan 1-Amalan Gotong-royong, amalan kunjung-mengunjungi, semangat kejiranan

Pilihan 2- Pengangkutan Awam-masalah, usaha

Pilihan 3-Pendidikan Maya/Pendidikan Sepanjang Hayat/Masalah Buta Huruf

Pilihan 4-Pelaburan/Kebaikan menabung/Pelaburan Asing/Skim Cepat Kaya

Pilihan 5-Gejala sosial-kes ragut/pembuangan bayi/perlumbaan motosikal haram

Soalan 4-Global/serantau

Pilihan 1- Senjata Nuklear- Semua negara di dunia perlu menghentikan program senjata nuklear. Bincangkan.

Pilihan 2-Peranan negara di dunia untuk menangani masalah pencemaran.

Pilihan 3-Kepentingan perpaduan dalam kalangan negara serantau.

Pilihan 4-Peranan negara serantau untuk membantu negara yang dilanda bencana.

Pilihan 5-Bentuk kerjasama yang perlu dilakukan dalam kalangan negara serantau.

Soalan 5- Komsas

Pilihan 1- Ulasan salah satu cerpen yang telah anda baca.

Pilihan 2- Menulis cerpen yang bertemakan perpaduan atau semangat patriotik

Pilihan 3- Usaha-usaha untuk menarik minat remaja meminati sastera.

Pilihan 4-Menulis karangan berdasarkan peribahasa `Bersatu Teguh Bercerai Roboh’.

Pilihan 5-Menulis karangan berdasarkan bahan sastera—Syair Jong Pecah

* Beri perhatian kepada tema-tema berikut untuk SPM 2010. Bagaimanapun jangan kesampingkan tema-tema lain yang turut berpotensi ditanya dalam peperiksaan SPM tahun ini.

* Bincangkan perkara ini bersama guru anda di sekolah.

Sumber : Cikgu Ghalib Yunus

Monday, October 25, 2010

PERSEDIAAN ULANG KAJI KERTAS 2 BAHASA MELAYU SPM 2010

Arahan :

Pilih satu tajuk soalan no. 4 dalam mana-mana kertas 1 : Bahagian B Peperiksaan Percubaan SPM 2010, kemudian tulis sebuah karangan lengkap yang panjangnya tidak kurang 350 pata perkataan.

Hantar kepada guru anda sebelum atau pada hari Khamis 28 Oktober 2010.

Tuesday, October 12, 2010

BAHAN MENULIS KARANGAN

KESESAKAN JALAN RAYA TINGKATKAN PENGGUNAAN MINYAK DAN PELEPASAN GAS RUMAH HIJAU

Dalam beberapa dekad ini, Malaysia telah menyaksikan pembangunan yang pesat dalam sektor pengangkutan berbanding dengan negara-negara ASEAN yang lain. Di Kuala Lumpur dan Lembah Klang, kadar peningkatan kereta adalah paling tinggi berbanding dengan kawasan-kawasan yang lain.

Berdasarkan laporan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020, hanya 20 peratus penduduk Kuala Lumpur yang menggunakan pengangkutan awam. Keadaan ini telah menyumbang kepada penambahan jumlah kereta di jalan raya dan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan pencemaran.


(Sumber: Malaysia Automotive Association, 2010)

Pada tahun 1993, Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan satu kajian tentang kualiti udara di Lembah Klang, dengan kerjasama Agensi Perbadanan Antarabangsa Jepun (Japanese International Cooperation Agency - JICA). Rumusan kajian tersebut memberi amaran bahawa pencemaran udara akan menjadi tidak terkawal pada masa hadapan jika langkah-langkah pencegahan tidak diambil. Kajian ini menunjukkan bahawa sekiranya Malaysia terus mengabaikan tentang kadar pelepasan gas rumah hijau ke alam sekitar, maka kadar pencemaran akan bertambah teruk dan kos pencegahan akan semakin meningkat.

Hakikatnya, pada tahun 2008, sebanyak 18 juta kenderaan telah didaftarkan di Malaysia. Jumlah ini merekodkan kadar pelepasan gas rumah hijau sebanyak 4.9 juta metrik ton ke udara dan persekitaran.

Sebab Utama: Kesesakan Lalu-lintas
Peningkatan taraf hidup rakyat di Malaysia telah menyebabkan berlaku kenaikan jumlah kereta di jalan raya. Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh Syarikat Prasarana Nasional Bhd (SPNB), terdapat 2.2 juta kereta masuk ke kawasan bandar pada setiap hari. Waktu antara 8.00 pagi hingga 9.00 pagi dan 6.00 petang hingga 7.00 petang merupakan waktu puncak yang mengalami kesesakan teruk.

Berdasarkan satu kajian, kesesakan lalu-lintas telah menyumbang lepada peningkatan penggunaan minyak sebanyak 30 peratus. Sebagai contoh, aliran traffik di Lebuh Raya Persekutuan adalah sebanyak 100,000 kenderaan dari Klang ke Kuala Lumpur. Jumlah minyak yang diperlukan untuk sampai ke destinasi adalah 10 liter. Pada masa yang sama, 0.7kg merupakan gas rumah hijau yang dihasilkan oleh setiap kenderaan. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh kesesakan lalu-lintas, penggunaan minyak meningkat sebanyak 30 peratus, iaitu lebih 3 liter diperlukan untuk sampai ke destinasi. Jika diukur dengan jumlah wang, sebanyak RM5.40 diperlukan untuk membayar 3 liter tambah itu. Akibatnya, 300,000 liter minyak dan RM540,000 dibazirkan, dan diikuti dengan 70 tan gas rumah hijau dilepaskan di atmosfera pada setiap hari hanya disebabkan oleh kesesakan lalu-lintas.

Jika dilihat pada jumlah kenderaan yang didaftarkan di Malaysia, iaitu sebanyak 500,000 kenderaan baru yang didaftar pada tahun 2009, maka kesesakan lalu-lintas, penggunaan minyak dan kadar pelepasan gas rumah hijau akan bertambah teruk.

Penyelesaian
Pelbagai cara telah dijalankan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah kesesakan jalan raya. Walau bagaimanapun, cara-cara yang lebih berkesan kurang mendapat perhatian orang ramai. Salah satu cara ialah amalan berkongsi kereta dan menggunakan pengangkutan awam seperti sistem transit ringan (LRT), bas dan keretapi (KTM). Selain itu, elakkan melalui jalan yang sesak dan cuba menggunakan jalan-jalan yang terdekat ke destinasi juga merupakan cara-cara yang baik. Semua cara ini dapat menjimatkan minyak dan masa secara berkesan. Apa paling penting ahíla ia dapat mengurangkan bilangan kereta di jalan raya dan pelepasan gas rumah hijau ke atmosfera.
Berbasikal dan berjalan kaki merupakan pilihan yang bijak sekiranya destinasi berada dalam lingkungan 1 kilometer. Sejak harga minyak tidak menentu, semakin ramai yang menggunakan pengangkutan awam. Justeru, kerajaan harus memainkan peranan yang penting dalam mempromosikan dan menaik taraf pengangkutan awam yang sedia ada untuk memenuhi keperluan penumpang. Dengan itu, kesesakan jalan raya dapat dikurangkan dan kehidupan hijau dapat dicapai.

Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, cara hidup dan juga tabiat rakyat yang perlu diubah seiring dengan usaha kerajaan dalam mengurus dan menyelesaikan kesesakan jalan raya di Malaysia.

Foon Weng Lian
Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia
Khamis, 12:32, 13 Mei 2010
http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/perubahan-iklim/241-kesesakan-jalan-raya-tingkatkan-penggunaan-minyak-dan-pelepasan-gas-rumah-hijau

-----------------------------------------------------------------
BAHAN KARANGAN FOKUS 2010
ARKIB : 20/09/2010 (Utusan Malaysia)

Mentafsir 10 tahun Ops Sikap
Oleh ABD. RAHIM MD. NOR

SEHINGGA musim perayaan terakhir minggu lepas, sebanyak 22 Ops Sikap telah dilaksanakan di negara ini. Ops Sikap yang mula diperkenalkan pada hujung tahun 2001 ialah antara inisiatif terbesar yang pernah dilaksanakan melibatkan ribuan anggota penguat kuasa dan perbelanjaan jutaan ringgit.
Data rasmi yang telah saya analisis menunjukkan kejayaan langkah-langkah mengurangkan kematian di jalan raya yang amat ketara di negara ini, khususnya sejak Ops Sikap dimulakan.
Kajian saya menggunakan kaedah regresi multivariat dan dengan mengambil kira jumlah kenderaan, jumlah pemandu, jumlah penduduk dan panjang jalan, menunjukkan sekiranya program Ops Sikap tidak dilaksanakan di Malaysia, jumlah kematian tahunan sudah pasti jauh lebih tinggi daripada apa yang ada sekarang.
Misalnya, pada tahun lepas, negara kita mencatatkan 6,745 kematian di jalan raya untuk setahun (2009), pada hal sekiranya tiada Ops Sikap dan langkah-langkah lain, bilangan kematian tahun 2009 dijangkakan 9,116.
Kematian yang dijangkakan pada tahun 2005, 2006, 2007 dan 2008 ialah 7,684, 7,775, 8,293 dan 8,845 masing-masingnya, tetapi usaha-usaha pihak berwajib termasuk program Ops Sikap telah mengurangkan kematian itu kepada 6,188, 6,287, 6,282 dan 6,527 bagi siri tahun-tahun yang sama (lihat Jadual 1).
Jadual 1
Bagaimana pun, rakyat Malaysia tidak sewajarnya selesa dengan angka-angka ini. Kalau kesedaran telah menyeluruh, sebenarnya kita boleh mengurangkan lagi jumlah kematian ini, seperti negara-negara maju di Eropah dan Jepun.
Ops Sikap yang berakhir baru-baru ini seolah-olah tidak dipedulikan oleh segolongan pemandu kenderaan bermotor di negara ini. Data rasmi menunjukkan terdapat 196 peristiwa kemalangan jalan raya yang melibatkan kematian, dan seramai 227 insan telah terkorban sepanjang kempen Ops Sikap ke-22 yang berakhir minggu lepas.
Dalam pada ramai yang bergembira berhari raya, setiap tahun banyak juga keluarga yang berendam air mata kerana kehilangan suami, isteri, anak atau ahli keluarga terdekat yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
Rendang dan ketupat yang selalunya menjadi hidangan paling enak di pagi raya, bertukar menjadi hambar dan tawar kerana kesedihan telah membunuh selera makan seluruh keluarga. Jamuan rumah terbuka raya bertukar menjadi majlis tahlil dan kenduri arwah.
Tiada siapa yang perlu dipersalahkan kecuali si pemandu kenderaan yang tidak mematuhi undang-undang dan orang-orang sekitarnya yang tidak menasihati. Negara kita mempunyai jaringan lebuh raya antara yang terbaik di dunia, berlorong lebar, lengkap dengan papan tanda, dan diceriakan pula oleh barisan pokok bunga dan pokok hiasan lain sepanjang laluan.
Kalau penat dan mengantuk boleh singgah di mana-mana kawasan rehat yang lengkap dengan kemudahan termasuk surau dan calet. Tidak cukup dengan itu, dalam musim perayaan polis ditempatkan di sepanjang lebuh raya untuk memantau pergerakan trafik yang sepatutnya menimbulkan kesedaran kepada pemandu bahawa maut menanti kalau tidak berhati-hati.
Di luar bandar, di mana terdapat banyak jaringan jalan negeri, jalan memang agak lebih berbahaya tetapi banyak yang telah dilebarkan dan diluruskan untuk mengurangkan risiko.
Garisan putih dan kuning pada jalan di kawasan berbahaya, sepatutnya sudah mencukupi untuk mengingatkan pemandu supaya sentiasa mematuhi peraturan untuk mengelak musibah.
Tahun lepas, seramai 6,745 orang terkorban di lebuh raya di negara kita, memberikan purata kematian sekitar 18 orang sehari. Ini bermakna, antara subuh pagi ini dengan pagi esok, akan ada 18 orang yang mati sia-sia di jalan raya.
Angka ini tidak termasuk ratusan sehari yang cedera parah dan hilang upaya, cedera ringan dan terpaksa di rawat di hospital beberapa hari, dan hilang harta benda yang jutaan ringgit jumlahnya.
Apa yang menghairankan ialah masih ramai yang tidak insaf walau pun mereka tahu dan faham semua angka ini. Sikap yang diambil bagi kebanyakan pemandu, terutamanya motosikal, ialah bahawa dia tidak akan mengalami kemalangan; yang terlibat ialah orang lain.
Persepsi masyarakat terhadap konsep kematian juga agak pelik. Kalau seorang atau dua penoreh getah mati di baham harimau, beritanya akan tersiar dalam akhbar, lengkap dengan ceritanya sekali. Tapi, jumlah 18 orang mati di jalan raya setiap hari di seluruh Malaysia, tidak ramai yang peduli.
Kesakitan yang dideritai oleh seorang yang maut atau cedera parah dalam kemalangan jalan raya samalah dengan kesakitan dan penderitaan yang dirasai oleh seorang yang punggungnya dikerkah harimau, semuanya melibatkan kesakitan dan darah yang sama merah.
Cerita tentang orang yang dibunuh kejam yang hanya melibatkan beberapa orang sahaja, terus-terusan menjadi hiasan di dada akhbar harian selama berminggu, tetapi jumlah belasan orang yang mati setiap hari di jalan raya tidak begitu menarik perhatian orang ramai, pada hal kesakitan adalah sama, dan darah yang tumpah adalah sama merah.
Berbagai-bagai usaha yang dianjurkan oleh pihak berwajib sejak dua puluh tahun lepas masih belum dihayati sepenuhnya oleh sebilangan pemandu, terutama yang menggunakan motosikal.
Tempoh operasi sekali Ops Sikap ialah dua minggu walaupun terdapat beberapa Ops Sikap yang tempohnya hanya seminggu yang dipanggil Ops Sikap Khas.
Statistik 22 kali Ops Sikap sepanjang tempoh 2001-2010 bagi bilangan peristiwa kemalangan dan jumlah nyawa yang terkorban atau cedera amat menyedihkan. Bagi 22 Ops Sikap dalam tempoh 2001-2010 itu, sebanyak 279,204 peristiwa kemalangan berlaku, di mana 3,909 peristiwa kemalangan melibatkan sekurang-kurangnya seorang mati.
Jumlah yang mati pula ialah 4,479 orang. Purata bilangan yang mati dalam sehari mencapai dua digit, dengan Ops Sikap IV (Tahun Baru Cina 2003) mencatatkan bilangan mati purata harian paling rendah iaitu 11 dan Ops Sikap III (Hari Raya 2002) mencatatkan purata paling tinggi iaitu 18 orang sehari.
Ini juga bermakna purata kematian sehari sebanyak 16 orang dalam Ops Sikap 22 baru-baru adalah antara yang tertinggi dalam tempoh sejarah program ini selama sepuluh tahun.
Kajian mudah yang menggunakan kaedah ganda dua terkecil yang saya jalankan terhadap data bagi 22 Ops Sikap (2001-2010) menunjukkan trend purata kematian harian yang jelas meningkat, iaitu pada purata 5.4 peratus bagi setiap Ops Sikap atau sekitar purata 10.8 peratus setahun.
Data ini jelas memberi amaran kepada kita bahawa jumlah kematian akan berterusan, sekiranya pengguna jalan masih tidak sedar. Bolehkah kita mengharapkan keajaiban bahawa pada tahun hadapan Ops Sikap akan mengurangkan kematian kepada aras yang lebih rendah, misalnya di bawah 10?
Hasil analisis data saya menunjukkan harapan ini sukar menjadi kenyataan. Petunjuk yang ada pada saya setelah meneliti dan menganalisis data 22 operasi Ops Sikap memberitahu bahawa perangai sebahagian pemandu di Malaysia masih tidak berubah, dan tidak mungkin akan berubah dalam tempoh terdekat, misalnya dalam setahun dua akan datang.
Kalau tempoh dua minggu itu dipecahkan kepada tiga tahap selama lima hari setiap tahap, kajian saya juga menunjukkan bahawa dalam Ops Sikap September 2010 ini, kejadian kemalangan di jalan-jalan dalam kawasan perbandaran adalah tinggi di peringkat awal, kemudian turun di peringkat pertengahan dan naik semula di peringkat akhir.
Sebaliknya, bagi jalan-jalan Persekutuan, kejadian kemalangan adalah rendah di peringkat awal, tinggi di peringkat pertengahan, dan rendah semula di peringkat akhir.
Kemalangan pada lebuh raya tol juga menunjukkan pola tahap-tahap yang hampir serupa dengan jalan kawasan perbandaran iaitu tinggi, kemudian rendah dan tinggi semula.
Tafsiran saya terhadap data ini ialah begitu besarnya kesan balik kampung di negara kita ini, berbanding dengan negara maju. Pola ini sewajarnya dipelajari dan dihayati oleh sesiapa juga yang bakal 'mengemudikan' kereta atau motosikal dalam musim perayaan.
PROFESOR DR. ABD. RAHIM MD. NOR ialah Profesor Pengangkutan Awam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

ANALISIS KERTAS 1 - PERCUBAAN 2010

Sesiapa yang berminat untuk melihat analisis soalan peperiksaan percubaan SPM 2010 yang dibuat mengikut tema buku teks boleh muat turun daripada pautan berikut :

http://groups.yahoo.com/group/bahasa_melayu_ktn/files/SOALAN/SPM/PERCUBAAN%202010/

Sunday, August 29, 2010

ARAHAN TUGASAN

Berdasarkan bahan sumber penulisan di bawah, tulis pendapat anda tentang usaha-usah negara-negara serantau terhadap permasalahan yang dihadapi oleh negara-negara jiran. Panjang karangan anda mestilah melebihi 350 payah perkataan.

Tugasan mesti diserahkan kepada guru selewat-lewatnya 21 September 2010.

Misi kemanusiaan ke Pakistan tinjau bantuan diperlukan

Sumber : bharianonline.com.my
2010/08/30
AHLI Kelab Putra 1Malaysia, Mohd Izaidi Idris, mengangkat bungkusan yang mengandungi pakaian, ubat dan selimut misi bantuan kemanusiaan ke Pakistan anjuran PBSM dan Kelab Putra 1Malaysia, di Balai Berlepas KLIA, semalam.
AHLI Kelab Putra 1Malaysia, Mohd Izaidi Idris, mengangkat bungkusan yang mengandungi pakaian, ubat dan selimut misi bantuan kemanusiaan ke Pakistan anjuran PBSM dan Kelab Putra 1Malaysia, di Balai Berlepas KLIA, semalam.
SEPANG: Misi kumpulan pertama Misi Kemanusiaan ke Pakistan, Ramadan Al-Mubarak ialah membuat tinjauan mengenai bentuk bantuan yang sesuai disalurkan kepada mangsa banjir, selain mengenal pasti kawasan bencana bagi memudahkan usaha menempatkan pasukan perubatan.

Pengurus Pengurusan Bencana, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), Nasir Khan Abdul Rahman, berkata ketika ini pihaknya sudah mengenal pasti dua kawasan iaitu Balochistan dan Sin, dua kawasan yang teruk dilanda banjir yang sehingga kini mengorbankan lebih 1,500 nyawa.
“Kita turut mendapatkan bantuan Kedutaan Malaysia di Pakistan selain bekerjasama dengan PBSM Pakistan bagi memastikan semua bantuan dapat diserahkan kepada golongan sasaran. Pendekatan yang akan kita gunakan pada misi ini juga adalah seperti misi ke Gaza baru-baru ini,” katanya ketika ditemui media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, sebelum berlepas ke Peshawar, Pakistan kira-kira 1 petang, semalam untuk menyerahkan bantuan seberat 4 tan kepada mangsa banjir di negara itu.
Misi Kemanusiaan ke Pakistan, Ramadhan Al-Mubarak anjuran bersama Kelab Putera 1Malaysia dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) itu bakal menghantar bantuan bernilai kira-kira RM3 juta dalam bentuk selimut, bahan makanan, ubat-ubatan dan pakaian. Kira-kira 65 sukarelawan termasuk 40 doktor bakal mengikuti misi itu yang dijangka berakhir pada 10 September ini.

Kumpulan pertama itu turut disertai Naib Pengerusi Kebangsaan PBSM, Datuk Dr Bahari Abu Mansor dan Ketua Pusat Perubatan Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Yahaya Abu Ahmad yang berpengalaman luas dalam misi seumpama ini, serta tujuh sukarelawan dari Kelab Putera 1Malaysia.

Ia diketuai Bendahari Kehormat, Kelab Putera 1Malaysia, Abdul Mutalif Abdul Rahim manakala kumpulan kedua akan diketuai Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.


Rencana : MInda Pengarang (bharianonline.com.my)
2010/08/30

Bantuan bencana untuk Pakistan tak patut dilengahkan

KETIKA kita sibuk membeli-belah dan memilih pelbagai juadah untuk berbuka di bazar Ramadan yang umpama pesta makanan, kita mungkin terlupa ada penduduk lain di dunia sedang berhadapan dengan kebuluran dan maut. Ketika anak kita sibuk membuat persiapan memilih pakaian baru menjelang Aidilfitri tidak lama lagi, mangsa banjir di Pakistan barangkali tidak pernah langsung memikirkan akan kemeriahan sambutan itu, selain hanya kebimbangan ancaman kematian akibat bencana yang menimpa kampung halaman mereka. Banjir yang melanda Pakistan sejak sebulan lalu itu tidak memungkinkan sama sekali anak yang terbabit dalam bencana itu dapat meraikan Aidilfitri seperti kelaziman yang kita sambut di sini. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran berpuluh-puluh ribu kanak-kanak menghadapi risiko kematian akibat kekurangan zat makanan. Banjir itu adalah yang terburuk dalam sejarah 80 tahun Pakistan. Dianggarkan 72,000 kanak-kanak di kawasan yang dinaiki air menghadapi risiko kematian akibat kebuluran jika tiada langkah drastik membantu mereka dibuat. Pekerja bantuan PBB sendiri kini semakin bimbang ancaman penyakit dan kebuluran, terutama di kalangan kanak-kanak di kawasan terbabit yang menghadapi kekurangan zat makanan. Begitu juga penularan penyakit yang dibawa air, termasuk cirit-birit, dehidrasi dan kekurangan zat. Sejak banjir melanda Pakistan, lebih enam juta penduduknya kehilangan tempat tinggal dan sejuta daripada mereka terpaksa meninggalkan rumah sejak beberapa hari lalu. Bencana itu, setakat ini sudah mengorbankan kira-kira 1,600 jiwa, selain mengakibatkan kemusnahan berbilion-bilion dolar kepada rumah, infrastruktur dan sektor pertanian di negara itu.

Aidilfitri kali ini pastinya tidak bererti lagi kepada keluarga mangsa banjir, apabila ibu bapa kehilangan anak sekelip mata, anak kehilangan ibu dan bapa begitu juga saudara mara lain. Kita sepatutnya berasa bersyukur dan insaf kerana di bumi bertuah ini tidak ada bencana besar sehingga kita diancam kebuluran dan penyakit – tidak ada peperangan seperti yang berlaku di bumi Palestin dan Afghanistan, mahu pun Iraq. Kita masih boleh menyambut perayaan Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali dalam suasana aman tanpa rasa takut ditimpa bencana atau kemungkinan dibunuh. Jika terpampang laporan media ada insan di negara ini tidak dapat menyambut Aidilfitri atau perayaan lain kerana ditimpa musibah atau kemiskinan mereka sudah pasti akan cepat dibantu. Rumah akan segera dibaiki, anak dibelikan baju baru dan bantuan bekalan makanan yang diterima mungkin dapat bertahan berbulan-bulan lamanya. Selain dana sedia ada, pelbagai tabung akan diwujudkan bagi membantu golongan ini, malah dana dan tabung antarabangsa juga diwujudkan bagi membantu saudara kita di negara lain. Tabung Bencana Kementerian Luar yang dikendalikan Wisma Putra diaktifkan semula bagi membolehkan orang ramai dan syarikat korporat yang mahu membantu mangsa banjir di Pakistan menyalurkan sumbangan mereka. Apa yang kita harapkan bantuan makanan dan perubatan antarabangsa akan segera sampai kepada sasaran. Tidak wajar ada mana-mana pihak sengaja melengahkan bantuan bagi tujuan tertentu dan kepentingan sempit politik mereka. Apa yang kita mahu, bantuan yang disalurkan itu dapat memastikan mangsa banjir, terutama kanak-kanak dapat meneruskan hidup mereka. Pakistan mungkin akan mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih semula daripada banjir yang dialami. Namun, hakikatnya trauma yang dialami kanak-kanak terbabit akan kekal sepanjang hayat mereka.

Bantuan banjir di Pakistan lebih RM2.5 bilion

SEJUMLAH penduduk menyeberangi sebatang jalan raya yang digenangi air di daerah Muzaffargarh, Pakistan semalam.

THATTA, Pakistan – Sebanyak lebih AS$800 juta (RM2.5 bilion) telah didermakan oleh dunia kepada Pakistan bagi membantu negara itu menangani bencana banjir yang terburuk sehingga memaksa ribuan penduduk dipindahkan.

Menteri Luar, Shah Mahmood Qureshi berkata, Pakistan berterima kasih dengan bantuan antarabangsa tersebut yang diterima selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merayu supaya bantuan diberikan.

“Jumlah bantuan yang diterima Pakistan setakat ini adalah AS$815.58 juta (RM2.5 bilion).

“Semasa negara-negara di Barat seperti Eropah dan Amerika mengalami kegawatan ekonomi, perpaduan seperti ini sangat menggalakkan,” katanya.

Banjir tersebut telah melanda Pakistan pada lewat bulan lalu selepas hujan lebat monsun mengakibatkan air sungai melimpah dan menjejaskan satu perlima daripada negara tersebut.

Lebih menyukarkan buat pemerintah Pakistan kerana pada masa sama ia terpaksa berhadapan dengan masalah keganasan kumpulan Al-Qaeda dan Taliban.

Sekurang-kurangnya enam juta penduduk telah kehilangan tempat tinggal selain kehidupan 20 juta penduduk turut terjejas. – AP

Kapal Bantuan Kemanusiaan Turki Bertolak ke Pakistan
Berita Minggu, 29/08/2010

Sebuah kapal Turki yang beberapa bulan lalu menjadi kapal pengangkut bantuan kemanusiaan untuk menembus blokade Gaza kini berencana untuk bertolak menuju Pakistan untuk menyalurkan berbagai macam bantuan kemanusiaan untuk korban banjir di Pakistan.

Seorang pengurus lembaga kemanusiaan Turki Insani Yadim Vakfi (IHH) Husain Oruc dalam wawancaranya dengan kantor berita Turki Cihan (27/8) mengatakan, kapal bantuan kemanusiaan yang dinamakan "GAZA" itu adalah salah satu dari tiga kapal Turki yang ikut serta dalam rombongan Armada Pembebasan.

"Menurut rencana, kapal 'GAZA' akan berangkat ke Pakistan dua minggu lagi dengan membawa berbagai macam bantuan kemanusiaan, seperti obat-obatan, bahan pangan, pakaian, tenda, sampai generator listrik," kara Oruc.

Sementara itu, sebuah rangkaian kereta barang dengan membawa 450 ton bantuan kemanusiaan telah diberangkatkan dari Istanbul menuju Pakistan via Iran pada Jum'at (27/8) kemarin. (KM/ch)

Indonesia Kirimkan Bantuan Kemanusiaan ke Pakistan Senilai $1 Juta
Sumber : MAJALAH TEMPOINTERAKTIF.COM Selasa, 03 Agustus 2010

Suasana kota yang terendam banjir di Pakistan. AP/Mohammad Sajjad

TEMPO Interaktif, Jakarta - Jakarta - Pemerintah Indonesia mengirimkan bantuan kemanusiaan senilai $1 juta atau setara dengan Rp 8,93 miliar ke Pakistan, menyusul banjir besar yang menewaskan lebih dari 1.400 orang serta menyebabkan 27 ribu orang kehilangan tempat tinggal karena disapu air bah.

Kepala Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Syamsul Maarif, mendapatkan instruksi dari presiden malalui Menteri Koordinator Kesejahteraan Rakyat, mengatakan bantuan tersebut berupa makanan siap santap, obat-obatan untuk diare, dan malaria.

"Indonesia juga mengirimkan 20 dokter, paramedis, selimut, makanan pendamping air susu ibu, serta selimut," katanya kepada Tempo, Selasa (3/8).

Total jumlah bantuan Indonesia ke Pakistan, tambah Syamsul, sekitar 15 ton senilai $1 juta setara dengan Rp 8,93 miliar.

Seluruh bantuan akan diangkut dengan pesawat dari Indonesia langsung menuju Pakistan. Menurut Syamsul Maarif, tim yang terlibat dalam bantuan kemanusiaan Indonesia berasal dari Kementerian Kesehatan, Kementerian Sosial, Kementerian Luar Negeri, dan Tentara Nasional Indonesia dipimpin oleh Satuan Reaksi Cepat yang bermarkas di Malang, Jawa Timur.

"Seluruh bantuan tersebut sesuai dengan kebutuhan Pakistan seperti disampaikan duta besar Sanaullah kepada kami," ujar Syamsul.

Mengutip penjelasan Sanaullah, Syamsul mengatakan banjir di Pakistan ini termasuk terburuk sejak 80 tahun terakhir. Hal tersebut disebabkan selain hujan deras, daerah bencana terletak di kawasan terbuka dan tempat bertemunya dua sungai besar. Di samping itu, adanya perubahan iklim menimbulkan gleser di utara Pakistan.

Menurut catatan lembaga PBB, UNICEF, sediktinya 1400 orang tewas sementara tiga juta warga Pakistan menderita. Abdul Sami Malik dari UNICEF menyebutkan 1,3 juta orang hidup sengsara akibat banjir bandang di wilayah barat laut.

Pemerintah Pakistan kini berjuang keras mengatasi dampak buruk yang ditimbulkan oleh bencana. Namun demikian, di tengah kehidupan rakyat yang sengsara, Presiden Pakistan Asif Ali Zardari berkunjung ke Inggris untuk menemui Perdana Menteri David Cameron, Selasa. Kunjungan kenegaraan ini tak luput dari kritik dari dalam negeri.

Barang Bantuan Kemanusiaan Stok Kedua Dihantar dari China ke Pakistan
SUMBER : http://big5.cri.cn/gate/big5/malay.cri.cn/601/2010/08/19/27s113636.htm 2010-08-19

Barang bantuan kemanusiaan stok kedua yang dijanjikan oleh China telah dihantar ke Islamabad, Pakistan tengah hari tadi.

Barang bantuan yang bernilai 50 juta yuan RMB akan digunakan untuk membantu mangsa dalam bencana banjir di kawasan barat laut negara itu.

Barang bantuan ini termasuk 1200 buah khemah, 30 tan biskut, 23800 karpet, 1000 buah mesin jana kuasa elektrik, air mineral dan kemudahan penulenan air.

Memastikan kemerdekaan mapan untuk negara

Oleh Khaled Nordin

Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Memastikankemerdekaanmapanuntuknegara/Article
2010/08/30

IPT bukan saja tempat pengisian ilmu, tetapi juga membina tamadun, peradaban bangsa

SETIAP tahun kita didatangi Ogos iaitu bulan kemerdekaan. Lazimnya, apabila menjelang bulan keramat ini, pelbagai acara dan program disusun bagi meraikan sambutan kemerdekaan negara, termasuk mengibarkan Jalur Gemilang.
Kedatangan bulan kemerdekaan bukan menjadi alasan untuk kita merayakannya tanpa sebab dan matlamat, sebaliknya ia mesti menjadi satu pegangan dan peringatan betapa pentingnya nikmat dan anugerah kemerdekaan serta kewajipan kita untuk mengekalkannya.
Kita memerlukan kemerdekaan bukan untuk tempoh tertentu saja, sebaliknya biarlah kemerdekaan itu kekal abadi selagi ada bulan dan matahari.

Selepas 53 tahun merdeka, kita akui pelbagai pencapaian negara diperoleh. Misalnya baru-baru ini, Malaysia menduduki tempat ke-37 dalam senarai negara terbaik dunia dan ketiga di rantau Asia sebagai negara pilihan yang mampu menyediakan tempat untuk hidup lebih selesa, sejahtera dan maju. Perkembangan ini membuktikan Malaysia berupaya memberikan persekitaran dan kehidupan selamat kepada rakyatnya hasil kemerdekaan yang diperoleh sejak 1957 lagi.

Bagaimanapun, pencapaian yang diperoleh itu tidak akan kekal lama sekiranya kita terus lena dan alpa. Kita perlu terus bekerja keras bagi memastikan kemerdekaan berkekalan. Konsep kemerdekaan mapan cukup penting kerana hanya kemerdekaan jangka panjang akan menjamin keselamatan dan kesejahteraan.

Kemerdekaan mapan bukan saja boleh memenuhi keperluan semasa negara bahkan juga boleh menjamin kemajuan serta kesejahteraan negara dan rakyat pada masa depan. Dalam hal ini, kita percaya salah satu cara menjamin kemerdekaan lestari dan mapan ialah melalui pendidikan.
Dalam konteks sektor pengajian tinggi, kita sudah membina institusi pengajian tinggi (IPT) yang tujuan utamanya mengangkat pengetahuan masyarakat dan membina tamadun juga peradaban masyarakat dan bangsa.

Sebagai bangsa merdeka dan tidak terkongkong oleh kuasa penjajahan, penubuhan IPT amat signifikan terutama apabila kita mengaitkannya dengan proses perkembangan dan kemajuan ilmu yang mahu dipupuk mengikut acuan dan kehendak kita sendiri.

Peranan pengajian tinggi khususnya IPT dalam mengisi kemerdekaan cukup besar. Mereka bukan sekadar menjadi pusat perkembangan dan kemajuan ilmu untuk rakyat semata-mata, malah turut berfungsi sebagai alat berkesan dalam pembangunan negara khususnya memperkukuhkan jaringan sosio-ekonomi dan sosio-politik masyarakat, khususnya pada awal kemerdekaan.

Hal ini penting kerana seperti yang kita maklum, tahap perpaduan kaum masih belum kukuh pada era awal kemerdekaan terutama wujudnya ketidakseimbangan antara kaum khususnya dalam soal kedudukan ekonomi. Kewujudan universiti awam membuka akses besar kepada masyarakat, khususnya Bumiputera dan ini sekali gus merapatkan jurang perpaduan nasional apabila kedudukan mereka dapat dipertingkat melalui pendidikan.

Memperkasa identiti nasional

Kita percaya tumpuan universiti tidak seharusnya terbatas kepada perkara seperti pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI), pencapaian kebolehpasaran graduan dan kedudukan dalam ranking semata-mata.

Sebaliknya, mereka perlu mengangkat martabat dan kedudukan sebagai institusi keilmuan yang turut menyumbang kepada pembinaan bangsa. Hal ini boleh dicapai antaranya melalui komitmen IPT dalam memperkukuh dan membudayakan nilai moral dan etika supaya akhirnya mereka mampu melahirkan generasi yang mempunyai akal budi tinggi dan nilai kemanusiaan sejati.

Perlu diingat, tanpa nilai moral dan etika, kita tidak mampu melahirkan warga negara hebat kerana apalah maknanya jika berjaya menggapai kemajuan tetapi pada masa yang sama, jiwa masyarakat kosong malah bejat dari segi perilaku dan akhlak.

Pada masa yang sama, IPT juga mesti memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara yang luhur melalui pembinaan identiti nasional. Sehubungan itu, sudah tiba masanya IPT khususnya sektor swasta melihat dan menilai semula kandungan kursus ditawarkan supaya tidak meminggirkan elemen dan perspektif tempatan.

Pendekatan kajian kes misalnya yang kini menjadi tumpuan dalam pembelajaran di IPT mesti mengambil kira kandungan dan contoh tempatan supaya pelajar mendapat gambaran mengenai realiti dan kedudukan negaranya. Hal ini penting kerana melalui pendekatan ini, kita mampu menjana penge tahuan dan kefahaman jelas di kalangan pelajar terhadap negaranya, sekali gus menimbulkan semangat kecintaan dan kekitaan yang tinggi. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.

Pendek kata, kemerdekaan amat bergantung kepada sejauh mana rakyat mengenali dan memahami negara mereka sendiri. Kefahaman terhadap sejarah dan kedudukan negara akan menjadikan mereka warga negara rasional dan adil dalam setiap tindakan.

Ini cukup penting jika kita kaitkan Malaysia sebagai negara majmuk yang kaya dengan kepelbagaian. Sikap tolak ansur dan menghormati sensitiviti kaum misalnya akan memperkukuhkan lagi tahap perpaduan di negara ini.

Kesimpulannya, peranan universiti dalam menerajui pembangunan bangsa seterusnya mengekalkan kemerdekaan sememangnya penting dan tidak boleh dinafikan. Jika universiti berada pada landasan betul serta memainkan peranan seperti yang dibincangkan, maka harapan menentukan kemerdekaan mapan akan dapat direalisasikan.