Thursday, April 28, 2011
TEKNIK MENULIS CARA MUDAH PERENGGAN
BAHAGIAN PENDAHULUAN
Secara ringkasnya, perenggan pendahuluan TMP mempunyai bentuk seperti berikut:.
Ayat 1 Ayat penyataan tema(mayapada,marcapada…..)
Ayat 2 Definisi tema(Dari segi konsepsinya.....)
Ayat 3 Ayat rangsangan (mengapa/bagaimana/siapa)
Ayat 4 Ayat contoh / tokoh(Menurut......)
Ayat 5 Ayat arah soalan(Oleh itu,....(arah soalan)
BAHAGIAN ISI
Secara ringkasnya, perenggan isi TMP mempunyai bentuk seperti berikut:.
Ayat 1 Ayat arah soalan t tema
Ayat 2 Ayat rangsangan ( mengapa, bagaimana, siapa)
Ayat 3 Ayat rangsangan( mengapa, bagaimana, siapa)
Ayat 4 Ayat contoh / tokoh
Ayat 5 Ayat rangsangan kesimpulan perenggan(Sekiranya,...)
BAHAGIAN KESIMPULAN
Secara ringkasnya, perenggan kesimpulan TMP mempunyai bentuk seperti berikut:.
Ayat 1 Ayat penyataan tema(Akhirulkalamnya,….)
Ayat 2 Ayat rangsangan harapan (Semoga….)
Ayat 3 Ayat rangsangan Pandangan (sememangnya,.....)
Ayat 4 Ayat rangsangan cadangan(Oleh itu, kita perlu....)
Ayat 5 Ayat rangsangan kesimpulan perenggan(Sekiranya....)
TEKNIK CARA MUDAH PERENGGAN
TMP : ALTERNATIF BAGI PELAJAR SEDERHANA DAN POTENSI
TCMP sebagai alternatif pelajar sederhana dan potensi dibentangkan dalam Pertandingan Inovasi Guru Kategori Individu Menengah Pahang 2009. Memperoleh tempat ketiga Negeri Pahang 2009 dan tempat kedua Sempena Hari Guru Daerah Kuantan 2009.
A. STRUKTUR SETIAP PERENGGAN
A1 =Idea utama
A2 = Huraian
A3 = Huraian
A4 = Data, contoh, statistik, pendapat, peribahasa, ungkapan menarik
A5 = Kesimpulan perenggan
* A ialah ayat
B. PANDUAN PERMULAAN PERENGGAN PENDAHULUAN
Pelajar memulakan karangan dengan kata / frasa berikut ;
Akhir-akhir ini,......
Kebelakangan ini,......
Sejak belakangan ini,......
Mayapada,.............
Marcapada,...........
Dalam mengejar era modenisasi.......
C. PANDUAN MEMULAKAN PERENGGAN IDEA
Mulakan ayat idea utama dengan kata arah soalan seperti berikut;
Punca/cara / usaha / kepentingan yang perlu diperhalusi ialah,.....................
D. PANDUAN MENULIS KESIMPULAN / PENUTUP KARANGAN
Mulakan ayat kesimpulan dengan kata berikut;
Kesimpulannya,.....
Secara tuntas,.........
Sebagai akhir kalam,.......
Konklusinya,............
Sebagai intiha,..........
E. KONSEP ASAS YANG PERLU DIKETAHUI PELAJAR
Tema = isu dalam soalan
Ayat Arah = ayat yang menjurus kepada kehendak soalan
Ayat Huraian = ayat yang menghurai idea
Ayat Contoh = ayat yang menyatakan contoh(dimulakan dengan Menurut ...atau Sebagai contoh,..)berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar tanpa merujuk bahan / maklumat yang betul
Ayat Simpul = Ayat yang menggabungkan harapan , pandangan dan cadangan terhadap isu
F. PROSEDUR PELAKSANAAN OLEH GURU DI SEKOLAH
1. Guru menjelaskan secara ringkas perkara A,B,C,D dan E
2. Guru mengedarkan bahan modul latihan bahagian pendahuluan,isi dan kesimpulan kepada pelajar.
3. Guru memudah cara dan membimbing pelajar bermula ayat 1 hingga ayat 5 bahagian pendahuluan, diikuti bahagian isi dan bahagian kesimpulan.
4. Guru perlu memastikan pelajar menulis ayat demi ayat bersama-sama. Jika ada pelajar yang masih belum menghabiskan ayat sebelumnya, guru perlu memastikan pelajar tersebut menulis sebelum memulakan ayat seterusnya.
Perkara asas yang perlu ada pada pelajar semasa menulis bahagian kesimpulan ialah;
i. Mengetahui elemen asas kesimpulan seperti
pandangan, cadangan dan harapan .
ii. Pandangan perlu bermula dengan (Sememangnya...)
iii. Harapan perlu bermula dengan (Semoga...)
iv. Cadangan perlu bermula dengan ( Oleh itu,
kita perlu...)
LATIHAN MENGENAL PASTI TEMA DAN ARAH SOALAN
TEMA DAN ARAH SOALAN
Latihan 1
Nyatakan tema dan arah soalan tajuk karangan di bawah.
Kegilaan terhadap pelbagai program televisyen realiti mengakibatkan tumpuan dalam bidang pelajaran anak-anak terabai.
Berikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa dalam usaha mengawal kecenderungan anak-anak terhadap program televisyen realiti ini.
Tema : .......................................................................................
Arah soalan ; ................................................................................
Latihan 2
Nyatakan tema dan arah soalan tajuk karangan di bawah.
Di Malaysia, nasib golongan istimewa atau lebih dikenali sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) turut mendapat perhatian serius dan pembelaan daripada pihak kerajaan dan masyarakat yang amat prihatin terhadap golongan tersebut.
Tulis sebuah rencana tentang usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan bagi membantu golongan tersebut.
Tema : .......................................................................................
Arah soalan ; ................................................................................
Latihan 3
Nyatakan tema dan arah soalan tajuk karangan di bawah.
Negara kita telah berjaya merapatkan hubungan diplomatik dengan negara-negara luar melalui bahasa, kebudayaan, dan sistem pendidikan yang sistematik.
Ulaskan pernyataan tersebut
Tema : ........................................................................................
Arah soalan ; .................................................................................
** MURID KELAS 2 DINAMIK, 3 BESTARI, 3 FASIH DAN 5 EFISYEN HENDAKLAH MENGUASAI TEKNIK INI BAGI MEMBANTU ANDA MENGHASILKAN KARANGAN YANG MENARIK DAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN SEMSETER 1. JIKA ANDA MENGHADAPI MASALAH UNTUK MENGUASAINYA SILA BERBINCANG DENGAN CIKGU WAN BUANAN UNTUK LEBIH MEMAHAMI DAN MEMUDAHKAN ANDA MENGGUNAKANNYA DALAM AKTIVITI PENULISAN KARANGAN.
Dicatat oleh rosinaz (http://teknikmudahperenggan.blogspot.com/search/label/Panduan%20Menulis%20Kesimpulan)
TEMA RAMALAN JUJ 2011
2. RANCANGAN REALITI
3. SEMANGAT KEJIRANAN
4. TABUNGAN KELUARGA
5. TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
6. ISU PENGANGKUTAN AWAM
7. ISU PEKERJA ASING
8. ISU LUMBA HARAM
9. BANGUNAN BERSEJARAH
10. ISU PELANCONGAN (PELANCONGAN DOMESTIK / PELANCONGAN
KESIHATAN)
11. PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR
12. MALAYSIA SEBAGAI PUSAT PENDIDIKAN ANTARABANGSA
13. ULASAN DRAMA KOMSAS
14. PERPADUAN / SATU MALAYSIA
15. JENAYAH SIBER / JENAYAH ANTARABANGSA
16. PEMERDAGANGAN ORANG
17. POLISI SEKOLAH SELAMAT
18. AMALAN MEMBACA
19. PERSEDIAAN KE ALAM KERJAYA
20. ISU BAHASA- DASAR MBMMBI
21. MALAYSIA SEBAGAI HAB HALAL
Dicatat oleh rosinaz (http://teknikmudahperenggan.blogspot.com/2011/03/tema-ramalan-2011.html)
Saturday, February 12, 2011
KARANGAN PMR 1 : BENCANA ALAM
Jelaskan punca-punca yang membawa kepelbagaian bencana alam ini.
Sudah pasti kejadian bencana alam ini sesuatu takdir yang sudah ditentukan oleh Tuhan. Namun dalam pada masa yang sama kita sebagai manusia harus memikirkan pelbagai perkara yang membawa bencana ini menjadi semakin meruncing kerana sama ada kita mahu mengaku atau tidak bencana alam ini akan terus berlaku. Pemahaman terhadap punca-punca yang menjurus berlakunya bencana ala mini berupaya menimbulkan tindakan yang mampu menghalang atau mungkin mengawalnya lalu mengurangkan kadar kemusnahan harta benda dan korban manusia pula. Jadi, wujud pelbagai faktor yang membawa berlakunya bencana alam ini.
Punca yang ketara ialah bencana alam merupakan satu mala petaka yang sudah menjadi lumrah dalam sejarah peradaban manusia. Kita sudah sedia maklum dunia ini pasti akan mengalami gempa bumi, tsunami, kebakaran hutan dan juga banjir serta tiupan angin kencang pada bila-bila masa sahaja. Kajian sains telah membuktikan bahawa bumi ini memang senantiasa dalam proses perubahan meliputi kejadian bencana alam itu. Maka, bencana alam berlaku kerana perkara itu merupakan sesuatu fenomena biasa yang menimpa dunia ini sejak berkurun-kurun lalu.
Namun, bencana alam juga boleh dicetuskan akibat kemusnahan alam yang disebabkan oleh aktiviti harian terutama ekonomi manusia sejak berdekad-dekad lamanya itu. Lihat sahaja kemusnahan hutan, udara, laut dan sebagainya yang berlaku dengan begitu pantas terutama dalam era kemodenan manusia ini berbanding dengan zaman purbakala pula. Kemusnahan yang sebegitu sudah pasti akan membawa musibah yang tertentu kerana bumi ini walaupun luas pasti mengambil masa untuk mengimbangi perubahan yang drastik sebegitu. Jadi, bencana alam berlaku kerana dunia mengalami kemusnahan alam yang begitu pantas sehingga dunia itu sendiri tidak mampu untuk mengawalnya.
Malah, bencana alam juga berlaku akibat kegagalan manusia membuat perancangan. Kita semua sedia maklum bahawa manusia sudah boleh meramal musim hujan, kejadian ribut taufan dan juga memahami kejadian tsunami itu tetapi mengapakah angka kematian terus meningkat? Jawapannya mudah sahaja kerana manusia gagal membuat perancangan seperti memberitahu masyarakat lebih awal, membuat latihan untuk menghadapi bencana atau tidak mempunyai piawaian pembinaan bangunan yang baik. Sesungguhnya, kegagalan manusia untuk merancang atau bekerjasama memberikan satu persepsi bahawa kita memandang rendah keupayaan bencana ala mini atau menganggap nilai nyawa manusia itu tidak bernilai lalu membiarkan sahaja bencana alam berlaku begitu sahaja.
Malah, kejadian bencana alam kini mula dikaitkan dengan pemanasan global yang dikatakan menjadi sesuatu perkara lazim dalam peredaran usia bumi ini. Kajian saintis telah membuktikan bahawa bumi ini pasti akan mengalami satu perubahan yang drastik dalam iklim global dunia dalam tempoh masa tertentu. Semua bukti kajian lalu mengesahkan bahawa bencana alam merupakan sesuatu perkara yang akan, sedang dan terus berlaku di dunia ini. Oleh itu, bencana alam turut berlaku akibat perubahan iklim dunia yang dikaitkan dengan fenomena pemasan global.
Kesimpulannya, bencana alam berlaku berdasarkan pelbagai punca seperti yang dihuraikan tadi. Semua faktor ini saling berkait lalu menjadikan bencana alam itu begitu kritikal terutama apabila mengorbankan ribuaan nyawa dengan sekelip mata. Kita perlu sedar dan cuba membantu untuk memulihkan semula alam sekitar kerana itulah jawapan kepada penyelesaian bencana alam ini. Peribahasa hendak buat seribu daya tak hendak seribu dalih menjadi renungan kepada kita semua dalam menangani kemelut ini.
Thursday, February 3, 2011
CONTOH TEKS FORUM 1
AKTIVITI: FORUM
Setiap negara, pasti mempunyai nilai dan budaya yang tersendiri. Begitu juga di negara kita yang terdiri dari lima budaya besar iaitu Melayu, Cina dan India, Kadazan dan Iban. Namun begitu, akibat arus modenisasi yang semakin hebat pada era ini, sedikit-sedikit amalan dan cara hidup yang menjadi pegangan hidup , terhakis. Kita lihat di mana-mana , masyarakat kurang menghargai nilai estetika yang ada dalam masyarakat, sebagai contoh, pemakaian kain batik sarung. Amat kurang sekali ,dilihat anak-anak muda memakai kain sarung batik kecuali di negeri Kelantan dan Terengganu. Sehubungan itu, SEMBANG PAGI pada pagi ingin membicarakan isu ini secara lebih ilmiah.
Pengerusi: Selamat sejahtera saya ucapkan kepada para penonton yang setia berada di hadapan TV . Tajuk isu pada pagi ini ialah ”WARISAN BANGSA”. Apakah sebenarnya warisan bangsa yang tergambar dalam kotak fikiran kita? Apa pula kepentingannya sehingga kita perlu mempertahankan warisan bangsa ini? Akhir sekali , benarkah arus pemodenan yang dikatakan sebagai punca hilangnya penghargaan generasi sekarang terhadap warisan bangsa ini ?
Bagi membincangkan persoalan-persoalan yang dikemukakan , tiga orang tokoh telah dijemput, di sebelah kanan saya ialah Pengarah Arkib Negara iaitu Datuk Seri Atiq Azman. Di sebelah kiri saya, Presiden Yayasan Belia Negara, Dato’ Afiq Agos dan di hujung sana ialah, Budayawan Negara, Datuk Radin Syamel.
Bagi mendapatkan takrifan yang tepat tentang warisan bangsa, amat sesuai sekali jika Datuk Radin Syamel memulakan bicara kita pada pagi ini. Baiklah Datuk, apakah definisi yang paling sesuai untuk tajuk kita pada hari ini?
Datuk Radin Syamel: Terima kasih saudara pengerusi. Jika dilihat dari sudut budaya, warisan bangsa membawa maksud, apa-apa amalan dan cara hidup yang diamalkan oleh segolongan masyarakat. Misalnya, dalam masyarakat Melayu, terdapat pelbagai cara berpakaian iaitu dalam kalangan Melayu Jawa, kita dapati mereka memakai songkok bercorak batik tetapi di negeri Kelantan golongan lelakinya lebih gemar memakai ’kain semutar’. Dalam kalangan kaum Hindu sendiri terdapat pelbagai jenis kain sari yang mewakili pelbagai etnik dalam kaum India seperti yang dipaparkan di skrin LCD sekarang. Dalam budaya Cina pula, kita rujuk makanan yang dimakan oleh kaum Cina, ada makanan Cina ala-Hokkien, ada makanan ala-Hainan yang mempunyai sedikit kelainan.
Sementara itu, dari sudut sejarah, warisan bangsa pula menjurus pada peninggalan-peninggalan berbentuk bangunan sama ada bangunan-bangunan yang dibina oleh penjajah ataupun bangunan-bangunan nenek moyang kita yang terdahulu. Sebagai contoh, bangunan Muzium Abu Bakar Johor dan bangunan Sultan Ibrahim di Johor Bahru, merupakan sebuah bangunan binaan Inggeris yang dibina semasa pentadbiran British di Tanah Melayu. Kewujudan bangunan ini amat besar ertinya kerana dari aspek seni binanya, amat berlainan dengan seni bina Melayu pada masa itu. Selain menjadi bukti dalam sejarah Malaysia bahawa kita pernah dijajah oleh suatu kuasa asing.
Itu sahaja pandangan saya tentang maksud warisan bangsa.
Pengerusi: Terima kasih Datuk Radin Syamel. Baiklah penonton, begitulah takrifan ringkas tentang warisan bangsa. Jika dihalusi, warisan bangsa merupakan elemen penting untuk membina jati diri dan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Lebih-lebih lagi, dalam jiwa generasi muda sekarang. Maka, kita dengar pandangan Datuk Seri Atiq Azman tentang kepentingan-kepentingan mengekalkan warisan bangsa kita. Silakan Datuk Seri.
Datuk Seri Atiq Azman: Terima kasih saudara pengerusi. Beginilah saudara pengerusi dan penonton, kita lihat kepentingannya dari aspek pembentukan jati diri terlebih dahulu. Saya fokuskan pada penggunaan bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda. Seperti yang dikatakan oleh Datuk Radin Syamel sebentar tadi, warisan budaya bermaksud seluruh cara hidup masyarakat. Jadi, salah satunya ialah penggunaan bahasa kebangsaan dan ibunda dalam masyarakat. Untuk membentuk jati diri yang tebal dan tulen, kita tidak dapat lari dari menghargai dan meletakkan bahasa kita di tempat paling atas. Lihat sahaja , negara-negara maju, baik Jepun, Korea, Perancis, Cina dan Jerman, rakyat di negara-negara tersebut amat bangga akan bahasa ibunda dan kebangsaan mereka. Namun , pada masa yang sama mereka merupakan gergasi ekonomi dunia misalnya, Jepun merupakan negara industri robotik paling canggih di dunia.
Yang dapat dirumuskan berdasarkan pendapat saya sebentar tadi ialah, semua negara maju amat menghargai, bangga dan memartabatkan bahasa ibunda dan kebangsaan masing-masing. Mereka mempelajari bahasa asing semata-mata untuk mendapatkan ilmu dan dibawa balik ke negara mereka untuk dimanfaatkan. Perlu diingatkan juga jika kita bercita-cita menjadi negara maju dalam acuan dan budaya kita sendiri, bahasa kebangsaan dan ibunda perlu dimartabatkan dengan bersungguh-sungguh. Bagi saya, bangsa yang tidak menghargai keunikan bahasa ibunda dan kebangsaan sendiri, sebenarnya amat longgar jati diri dan semangat patriotiknya.
Seterusnya, saya melihat kepentingan menghargai dan mengekalkan warisan bangsa ialah kesannya kepada anak-anak kecil dan remaja yang masih muda. Jika kita mahu generasi muda kekal dalam budaya hidup nenek moyang yang penuh dengan nilai-nilai ketimuran, maka warisan bangsa seperti adat resam , yang merangkumi cara berpakaian, makanan dan cara bermasyarakat perlu berterusan menjadi amalan. Bagi saya, bangsa berjaya ialah bangsa yang berjaya menjadi ikon dunia tetapi masih mengekalkan cara hidup nenek moyang yang positif. Saya rujuk,Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammed iaitu, beliau mahu Malaysia muncul sebagai negara maju beracuan sendiri. Tidak meniru mana-mana budaya negara lain. Maka, untuk merealisasikan impian ini, kita perlu pastikan warisan bangsa kita kekal menjadi ikon dalam diri setiap anak muda.
Itulah sahaja pandangan saya saudara pengerusi.
Pengerusi: Terima kasih Datuk, menarik sekali penjelasan sebentar tadi. Yang paling menarik ialah isu tentang kepentingan warisan bangsa ini kepada golongan muda. Namun begitu, yang kita semua lihat sekarang, warisan bangsa ini seolah-olah ditelan oleh arus pemodenan yang amat laju pergerakannya. Untuk melihat fenomena ini dengan lebih jelas, saya jemput Dato’ Afiq Agos untuk memberi pandangan beliau tentang gejala serius ini.
Dato’Afiq Agos : Terima kasih saudara pengerusi. Berbicara tentang arus pemodenan ini, kita tidak lari dari mengaitkannya dengan isu globalisasi. Jika, kita rujuk Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat , globalisasi membawa takrif , proses yang membolehkan sesuatu aktiviti ( sosial, ekonomi, kebuayaan dan sebagainya) disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dengan adanya kemudahan sistem komunikasi dan dasar terbuka. Jadi, dapat disimpulkan pengglobalisasian memang berupaya menghakis nilai-nilai hidup dalam masyarakat.
Dalam dunia yang tiada lagi sempadan, siapa-siapa yang kuat memang berupaya mengubah rupa bentuk masyarakat dunia. Saya ambil contoh, negara maju iaitu Amerika Syarikat yang dikatakan gergasi dalam semua aktiviti dunia, dari bidang sosial hinggalah ketenteraan. Masyarakat dunia cenderung melihat negara ini sebagai negara yang ideal untuk diikuti, agar sama-sama dapat bergelar masyarakat moden. Situasi ini banyak menempiasi generasi muda sehingga kita lihat pengagungan terhadap pakaian dari Barat amat dominan. Malah, dalam masyarakat Cina, kita dapati anak-anak mudanya jarang-jarang memakai pakaian Cheong Sam sebagai pakaian harian, malah tidak juga menjadi pilihan semasa Tahun Baru Cina. Bagi saya itu satu kerugian kerana pakaian merupakan salah satu identiti bangsa Cina selain bahasa ibunda.
Pengaruh modenisasi yang kedua terhadap warisan bangsa ialah kurangnya penghargaan terhadap nilai-nilai estetika sejarah negara dan seni pertukangan nenek moyang. Kita dapati kerakusan membina bangunan berciri moden telah hampir membenam keindahan seni bangunan tradisional. Jarang-jarang kita lihat masyarakat membina bangunan yang dihiasi ukiran budaya Melayu, Cina dan India. Sehinggakan pelbagai langkah diambil untuk mengekalkan pengetahuan ini dalam minda masyarakat seperti mewujudkan Taman Mini Malaysia di Air Keroh , Melaka. Di taman ini, barulah kita dapat mengenali rupa bentuk rumah-rumah tradisional rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Saudara pengerusi, itulah pendapat saya tentang perkara ini.
Pengerusi: Terima kasih Dato’. Begitulah pandangan-pandangan tajam daripada ahli-ahli panel kita . Saudara penonton, memang tidak dapat dinafikan bahawa, warisan bangsa amat perlu untuk dipelihara. Oleh itu, pelbagai usaha dilaksanakan bagi memastikan warisan budaya kita terus mendominasi kehidupan masyarakat. Saya amat tertarik dan kagum akan usaha Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood, isteri Perdana Menteri kita, yang berusaha gigih agar batik dan songket kembali segar dalam masyarakat. Begitu juga usaha mantan Menteri Pertanian, Datuk Seri Sanusi Joned yang bekerja keras mempopularkan makanan kampung iaitu ikan patin, ikan lampan, ikan talapia dan ulam-ulaman. Di bawah pengawasan Kementerian Pertanian pada ketika itu, pelbagai promosi dilakukan di hotel-hotel, di pasar-pasar tani dan pasar-pasar malam.Selain itu, usaha gigih kerajaan Melaka mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah di Banda Hilir , Melaka amat disyukuri. Hal ini kerana, Banda Hilir ialah mercu tanda sejarah negara kita. Semangat cinta akan negara sewajarnya berkobar-kobar dalam jiwa setiap generasi apabila melihat kesan-kesan peninggalan penjajah. Oleh itu, mulai hari ini, sama-samalah kita menghargai warisan bangsa kita. Hanya bangsa yang kenal jati diri ialah bangsa yang dihormati.
Sekian saja, rancangan SEMBANG PAGI. Saya sudahi dengan assalamualai’kum. Sehingga jumpa lagi.
( TEKS UJIAN LISAN BERKUMPULAN )
CONTOH TEKS FORUM 2
UJIAN LISAN BERKUMPULAN
PERBINCANGAN ILMIAH: FORUM
TAJUK: MELESTARI ALAM SEKITAR
Mutakhir ini, arus modenisasi menderaskan lagi pembangunan negara. Pelbagai projek sosioekonomi dijalankan dengan begitu rancak namun secara tidak sedar alam sekitar sudah terjejas. Satu kemelut yang terpaksa dihadapi oleh negara kita. Kita sebenarnya tersepit antara keinginan menjadi sebuah negara maju dengan alam sekitar yang perlu dipelihara, bak kata peribahasa “ditelan mati mak,diluah mati bapa”. Untuk melihat isu ini dengan lebih jelas, satu perbincangan ilmiah telah dianjurkan oleh Persatuan Pencinta Alam Sekitar Daerah Johor Bahru sempena kempen “Sayangi Bumi Kita”
Pengerusi: Assalamualaikum kepada hadirin sekalian. Saya Profesor Nasir Ibrahim mengucapkan selamat dating kepada semua yang ada di sini. Semuga kedatangan Tuan-tuan dan puan-puan dalam majlis ilmu ini diberkati Allah S.W.T. Sempena kempen “Sayangi Bumi Kita” yang sedang berlangsung di seluruh negara, Persatuan Pencinta Alam Sekitar Johor Bahru mengambil kesempatan untuk bersama-sama membantu kerajaan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan alam ini kepada kita. Visual yang ditayangkan kepada kita sebentar tadi menunjukkan betapa hebatnya serangan pencemaran di seluruh dunia. Hal ini amat mengerikan kerana selama ini kita semua hidup dalam sebiji “belon” yang terlalu kotor.
Oleh itu, bagi membincangkan fenomena ini dengan lebih spesifik dan bermaklumat, penganjur telah menjemput tiga orang tokoh yang terlibat secara langsung dengan alam sekitar iaitu di sebelah kanan saya ialah Datuk Muhammad Hafiz Ali , Pengarah Jabatan Metreolagi Malaysia. Di sebelah kiri pula ialah Dr. Wong Xin Yi, aktivis pencinta alam yang sangat aktif di peringkat antarabangsa. Beliau bertugas sebagai sebagai pensyarah kanan di Jabatan Pembangunan Alam Sekitar , Universiti Sains Malaysia. Di hujung sana pula, Datuk Aisyamariam Ulza , Setiausaha Kerja bagi Kementerian Sains dan Alam Sekitar, Putrajaya.
Selamat datang semuanya ke majlis ini. Baiklah, semua yang berlaku mesti ada punca atau punca-puncanya, begitu juga dengan isu ini. Terlalu banyak pendapat yang diberi tentang pencemaran air, udara dan bunyi. Oleh itu, kita dengar pendapat Dr. Wong Xin Yi tentang persoalan ini. Silakan Doktor.
Dr. Wong Xin Yi: Terima kasih Profesor Nasir . Sebelum saya bincangkan tentang punca-puncanya, saya rasa lebih baik diterangklan terlebih dahulu maksud pencemaran. Pencemaran alam sekitar membawa maksud perbuatan mencemarkan alam sekitar dengan unsur-unsur yang kotor. Maka, sesuatu yang pada asalnya bersih dan dapat digunakan dengan baik dan selamat telah menjadi kotor dan mendatangkan mudarat apabila digunakan.
Antara punca-punca yang diwartakan oleh sebagai penyebab pencemaran. terbahagi kepada dua jenis iaitu ;:Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi .Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi ialah pencemaran yang berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan gunung berapi, dilanda ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia . Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia ialah pencemaran yang dilakukan oleh manusia sama ada sengaja atau tidak sengaja . Antaranya ialah pencemaran udara. Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya. Pencemaran air,contohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba, pembuangan sampah dan sebagainya Pencemaran tanah,contohnya, pemusnahan hutan akibat pembalakan, pembuangan sisa-sisa kimia dan sisa-sisa pepejal .
Saya rujuk pencemaran akibat aktiviti manusia sebagai perbincangan. Di Malaysia, hampir 90%-95% kawasan pedalaman telah mempunyai sistem jalan raya ;bermakna jumlah kenderaan bermotor di negara kita telah meningkat secara keseluruhannya. Namun begitu, kenderaan bermotor merupakan penyumbang terbesar pencemaran udara di negara kita. Rujukan saya seterusnya ialah pencemaran laut; lebih 90% daripada punca pencemaran laut adalah disebabkan oleh aktiviti manusia dan baki 10% adalah berpunca dari sektor perkapalan . dapatan ini berdasarkan kajian Persatuan Pencinta Alam, bertajuk Tumpahan Minyak Yang Meracuni Perairan Malaysia, yang disiarkan dalam majalah Dewan Kosmik (Mac), DBP, Kuala Lumpur, 1995, m.s.:53-55)
Bagi pencemaran tanah pula, saya rujuk pada penerokaan hutan. Hutan memang mempunyai nilai komersial dalam ekonomi negara. Hutan didapati membekalkan kayu balak dan kertas yang merupakan satu sumber penting bagi pendapatan mata wang asing . Di kawasan tropika, rotan dianggarkan menyumbangkan nilai tahunan sebanyak RM 1200 juta setahun dalam perdagangan dunia. Akan tetapi eksploitasi hutan yang melampau untuk tujuan pembalakan, pertanian, ternakan dan sebagainya telah mengakibatkan pencemaran alam yang sangat dahsyat .
Oleh itu, jelaslah pencemaran alam sekitar banyak dilakukan oleh tangan-tangan manusia berbanding kejadian pencemaran semula jadi seperti gempa bumi, letusan gunung berapi dan ribut taufan. Setakat ini sahaja pendapat saya tentang punca-punca pencemaran, saudara pengerusi
.
Pengerusi: Terima kasih Dr. Wong Xin Yi kerana memberi pandangan yang bernas. Jika teliti, memang benar pencemaran banyak dicetuskan oleh manusia sendiri. Apabila keuntungan yang tergambar di hadapan mata, nilai-nilai murni tidak lagi menjadi pegangan . yang menyedihkan semua penduduk dunia merasai kesan negatifnya sedangkan yang melakukan kerosakan hanyalah segelintir manusia. Bagi melihat sejauh mana fenomena buruk pencemaran ini, kita tujukan permasalahan ini kepada datuk Muhammad Hafiz Ali. Silakan Datuk.
Datuk M. Hafiz Ali: Terima kasih saudara Nasir. Tentang kesan buruk pencemaran ini , saya berpendapat semua rakyat Malaysia telah mengetahui dan menontonnya di televisyen atau internet. Kesan yang amat dirasai sekarang akibat pencemaran udara ialah pemanasan global yang semakin meningkat dari hari ke hari. Pemanasan global telah mengubah cuaca dan sistem iklim dunia.Ribut taufan misalnya berlaku dengan amat kerap. Selain itu, berlakunya pencemaran serius secara global seperti kesan rumah hijau, permusnahan ozon dan hujan asid . Sementara itu, pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan yang tertutup . Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil melalui penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya dalam kalangan kanak-kanak .
Seterusnya kita lihat pula kesan pencemaran air. Saya ambil bukti yang berlaku di Jepun iaitu Teluk Minamata, Jepun. Pencemaran toksik terdapat dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan penuturan yang tidak betul . Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut . Simptom yang disebabkan oleh keracunan raksa ini telah membabitkan beratus-ratus keluarga nelayan . penyalit ini seyerusnya dikenali sebagai penyakit Minamata .
Kesan daripada pencemaran yang berlaku bukan sahaja dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada kehidupan yang lain . Antara kesan pencemaran yang banyak membunuh organisma laut di perairan cetek ialah kesan daripada tumpahan minyak ke laut . Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia membentuk lapisan minyak yang mengancam kehidupan laut serta burung . Tumpuhan tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton yang boleh mengurang pembiakan makanan laut . dalam jangka panjang akan menjejaskan sumber pendapatan nelayan.
Antara kesan yang dianggap kronik ialah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkah laku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan kesan penggunaan sumber air yang tersebut . Itu sahaja pendapat saya saudara pengerusi.
Pengerusi: Terima kasih Datuk. Nampaknya , kesan pencemaran ini bukanlah sekadar berlaku di negara kita. yang tidak diselia rapi . Oleh itu,beberapa langkah perlu dikenal pasti untuk mengatasi isu yang serius ini. Saya menjemput Datuk Aisyamariam Ulza memperkatakan langkah-langkah yang telah , sedang dan akan diambil oleh kementeriaannya.
Datuk Aisyamariam: Terima kasih dan assalamualikum semua. Apabila disebut Kementerian Sains & Alam Sekitar ini, yang tergambar ialah tindakan-tindakan yang pihak kementerian lakukan.
Antara langkah yang telah dilaksanakan ialah menggalakkan orang ramai menggunakan petrol tanpa plumbum bagi kenderaan bermotor. Mencari alternatif selain daripada minyak juga adalah penting bagi tujuan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar. Dua bahan alternatif yang dicadangkan ialah gas asli (natural gas) dan Propana.
Dewasa ini, kajian bagi menghasilkan minyak enjin biomassa daripada tumbuh-tumbuhan sedang giat dijalankan. Contohnya di negara kita, ahli sains telahpun menemui sejenis minyak daripada kelapa sawit yang boleh mengurangkan pencemaran udara tanpa menjejaskan kecekapan enjin. Sungguhpun penemuan ini masih terlalu baru untuk dipastikan sama ada ia praktikal atau pun tidak, ia patut dijadikan satu titik permulaan bagi meningkatkan usaha kita ke arah mencapai konsep pembangunan berterusan yang perihatin terhadap persekitaran.
Di peringkat antarabangsa,buat masa ini pula, Malaysia dan Indonesia melalui ASEAN telah menyalurkan pandangan mereka mengenai isu-isu Selat Melaka . Satu rancangan yang dikenali sebagai Rancangan Kontigensi Kebangsaan Mengawal Tumpahan Minyak telah diadakan di Jabatan Alam Sekitar . Objektif kerjasama serantau ini ialah bagi merealisasikan kerjasama serantau untuk membolehkan satu tindakan serta-merta dijalankan bagi mengawal tumpahan minyak yang tertumpah di perairan Malaysia .
Demikianlah sahaja , antara langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan kita bagi menangani isu ini.
Pengerusi: Demikianlah pandangan-pandangan daripada panel jemputan kita pada kali ini. Semuga , segala maklumat yang diperoleh dalam malis ilmu ini memberi banyak kesedaran kepada kita. Yang dapat disimpul ialah, pencemaran sebenarnya hasil kerja tangan-tangan rakus sebahagian daripada kita. Sewajarnya kita sedar akan bumi ini sahajalah tempat tinggal kita. Oleh itu sama-sama kita jaga dan pulih semula keindahan alam sekitar kita. Assalamualaikum.
CONTOH TEKS FORUM 3
WARISAN BANGSA
AKTIVITI: FORUM
FORMAT : WAWANCARA
Setiap negara, pasti mempunyai nilai dan budaya yang tersendiri. Begitu juga di negara kita yang terdiri dari lima budaya besar iaitu Melayu, Cina dan India, Kadazan dan Iban. Namun begitu, akibat arus modenisasi yang semakin hebat pada era ini, sedikit-sedikit amalan dan cara hidup yang menjadi pegangan hidup , terhakis. Kita lihat di mana-mana , masyarakat kurang menghargai nilai estetika yang ada dalam masyarakat, sebagai contoh, pemakaian kain batik sarung. Amat kurang sekali ,dilihat anak-anak muda memakai kain sarung batik kecuali di negeri Kelantan dan Terengganu. Sehubungan itu, SEMBANG PAGI pada pagi ingin membicarakan isu ini secara lebih ilmiah.
Pengerusi: Selamat sejahtera saya ucapkan kepada para penonton yang setia berada di hadapan TV . Tajuk isu pada pagi ini ialah ”WARISAN BANGSA”. Apakah sebenarnya warisan bangsa yang tergambar dalam kotak fikiran kita? Apa
pula kepentingannya sehingga kita perlu mempertahankan warisan bangsa ini? Akhir sekali , benarkah arus pemodenan yang dikatakan sebagai punca hilangnya penghargaan generasi sekarang terhadap warisan bangsa ini ? Bagi membincangkan persoalan-persoalan yang dikemukakan , tiga orang tokoh telah dijemput, di sebelah kanan saya ialah Pengarah Arkib Negara iaitu Datuk Seri Atiq Azman. Di sebelah kiri saya, Presiden Yayasan Belia Negara, Dato’ Afiq Agos dan di hujung sana ialah, Budayawan Negara, Datuk Radin
Syamel. Bagi mendapatkan takrifan yang tepat tentang warisan bangsa, amat sesuai
sekali jika Datuk Radin Syamel memulakan bicara kita pada pagi ini. Baiklah
Datuk, apakah definisi yang paling sesuai untuk tajuk kita pada hari ini?
Datuk Radin Syamel: Terima kasih saudara pengerusi. Jika dilihat dari sudut budaya, warisan bangsa membawa maksud, apa-apa amalan dan cara hidup yang diamalkan oleh segolongan masyarakat. Misalnya, dalam masyarakat Melayu, terdapat pelbagai cara berpakaian iaitu dalam kalangan Melayu Jawa, kita dapati mereka memakai songkok bercorak batik tetapi di negeri Kelantan golongan
lelakinya lebih gemar memakai ’kain semutar’. Dalam kalangan kaum Hindu sendiri terdapat pelbagai jenis kain sari yang mewakili pelbagai etnik dalam kaum India seperti yang dipaparkan di skrin LCD sekarang. Dalam budaya Cina pula, kita rujuk makanan yang dimakan oleh kaum Cina, ada makanan Cina ala-Hokkien, ada makanan ala-Hainan yang mempunyai sedikit kelainan. Sementara itu, dari sudut sejarah, warisan bangsa pula menjurus pada peninggalan-peninggalan berbentuk bangunan sama ada bangunan-bangunan
yang dibina oleh penjajah ataupun bangunan-bangunan nenek moyang kita yang terdahulu. Sebagai contoh, bangunan Muzium Abu Bakar Johor dan bangunan Sultan Ibrahim di Johor Bahru, merupakan sebuah bangunan binaan Inggeris yang dibina semasa pentadbiran British di Tanah Melayu. Kewujudan bangunan ini amat besar ertinya kerana dari aspek seni binanya, amat berlainan dengan seni bina Melayu pada masa itu. Selain menjadi bukti dalam sejarah Malaysia bahawa kita pernah dijajah oleh suatu kuasa asing. Itu sahaja pandangan saya tentang maksud warisan bangsa.
Pengerusi: Terima kasih Datuk Radin Syamel. Baiklah penonton, begitulah takrifan ringkas tentang warisan bangsa. Jika dihalusi, warisan bangsa merupakan elemen penting untuk membina jati diri dan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Lebih-lebih lagi, dalam jiwa generasi muda sekarang.
Maka, kita dengar pandangan Datuk Seri Atiq Azman tentang kepentingankepentingan
mengekalkan warisan bangsa kita. Silakan Datuk Seri.
Datuk Seri Atiq Azman: Terima kasih saudara pengerusi. Beginilah saudara pengerusi dan penonton, kita lihat kepentingannya dari aspek pembentukan jati diri terlebih dahulu. Saya fokuskan pada penggunaan bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda.
Seperti yang dikatakan oleh Datuk Radin Syamel sebentar tadi, warisan budaya bermaksud seluruh cara hidup masyarakat. Jadi, salah satunya ialah penggunaan bahasa kebangsaan dan ibunda dalam masyarakat. Untuk membentuk jati diri yang tebal dan tulen, kita tidak dapat lari dari menghargai dan meletakkan bahasa kita di tempat paling atas. Lihat sahaja , negara-negara maju, baik Jepun, Korea, Perancis, Cina dan Jerman, rakyat di negara-negara tersebut amat bangga akan bahasa ibunda dan kebangsaan mereka. Namun ,
pada masa yang sama mereka merupakan gergasi ekonomi dunia misalnya, Jepun merupakan negara industri robotik paling canggih di dunia. Yang dapat dirumuskan berdasarkan pendapat saya sebentar tadi ialah, semua negara maju amat menghargai, bangga dan memartabatkan bahasa ibunda dan kebangsaan masing-masing. Mereka mempelajari bahasa asing semata-mata untuk mendapatkan ilmu dan dibawa balik ke negara mereka untuk
dimanfaatkan. Perlu diingatkan juga jika kita bercita-cita menjadi negara maju dalam acuan dan budaya kita sendiri, bahasa kebangsaan dan ibunda perlu dimartabatkan dengan bersungguh-sungguh. Bagi saya, bangsa yang tidak menghargai keunikan bahasa ibunda dan kebangsaan sendiri, sebenarnya amat longgar jati diri dan semangat patriotiknya.
Seterusnya, saya melihat kepentingan menghargai dan mengekalkan warisan bangsa ialah kesannya kepada anak-anak kecil dan remaja yang masih muda. Jika kita mahu generasi muda kekal dalam budaya hidup nenek moyang yang penuh dengan nilai-nilai ketimuran, maka warisan bangsa seperti adat resam , yang merangkumi cara berpakaian, makanan dan cara bermasyarakat perlu berterusan menjadi amalan. Bagi saya, bangsa berjaya ialah bangsa yang berjaya menjadi ikon dunia tetapi masih mengekalkan cara hidup nenek
moyang yang positif. Saya rujuk,Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammed iaitu, beliau mahu Malaysia muncul sebagai negara maju beracuan sendiri. Tidak meniru manamana budaya negara lain. Maka, untuk merealisasikan impian ini, kita perlu pastikan warisan bangsa kita kekal menjadi ikon dalam diri setiap anak muda. Itulah sahaja pandangan saya saudara pengerusi.
Pengerusi: Terima kasih Datuk, menarik sekali penjelasan sebentar tadi. Yang paling menarik ialah isu tentang kepentingan warisan bangsa ini kepada golongan muda. Namun begitu, yang kita semua lihat sekarang, warisan bangsa ini seolah-olah ditelan oleh arus pemodenan yang amat laju pergerakannya.
Untuk melihat fenomena ini dengan lebih jelas, saya jemput Dato’ Afiq Agos untuk memberi pandangan beliau tentang gejala serius ini.
Dato’ Afiq Agos : Terima kasih saudara pengerusi. Berbicara tentang arus pemodenan ini, kita tidak lari dari mengaitkannya dengan isu globalisasi. Jika, kita rujuk Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat , globalisasi membawa takrif , proses yang membolehkan sesuatu aktiviti ( sosial, ekonomi, kebuayaan dan sebagainya) disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dengan adanya kemudahan sistem komunikasi dan dasar terbuka.
Jadi, dapat disimpulkan pengglobalisasian memang berupaya menghakis nilainilai
hidup dalam masyarakat. Dalam dunia yang tiada lagi sempadan, siapa-siapa yang kuat memang berupaya mengubah rupa bentuk masyarakat dunia. Saya ambil contoh, negara
maju iaitu Amerika Syarikat yang dikatakan gergasi dalam semua aktiviti dunia, dari bidang sosial hinggalah ketenteraan. Masyarakat dunia cenderung melihat negara ini sebagai negara yang ideal untuk diikuti, agar sama-sama dapat bergelar masyarakat moden. Situasi ini banyak menempiasi generasi muda sehingga kita lihat pengagungan terhadap pakaian dari Barat amat dominan. Malah, dalam masyarakat Cina, kita dapati anak-anak mudanya jarang-jarang memakai pakaian Cheong Sam sebagai pakaian harian, malah
tidak juga menjadi pilihan semasa Tahun Baru Cina. Bagi saya itu satu kerugian kerana pakaian merupakan salah satu identiti bangsa Cina selain bahasa ibunda. Pengaruh modenisasi yang kedua terhadap warisan bangsa ialah kurangnya penghargaan terhadap nilai-nilai estetika sejarah negara dan seni pertukangan nenek moyang. Kita dapati kerakusan membina bangunan berciri moden telah hampir membenam keindahan seni bangunan tradisional. Jarang-jarang kita lihat masyarakat membina bangunan yang dihiasi ukiran budaya Melayu, Cina dan India. Sehinggakan pelbagai langkah diambil untuk mengekalkan
pengetahuan ini dalam minda masyarakat seperti mewujudkan Taman Mini Malaysia di Air Keroh , Melaka. Di taman ini, barulah kita dapat mengenali rupa bentuk rumah-rumah tradisional rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Saudara pengerusi, itulah pendapat saya tentang perkara ini.
Pengerusi: Terima kasih Dato’. Begitulah pandangan-pandangan tajam daripada ahli-ahli panel kita . Saudara penonton, memang tidak dapat dinafikan bahawa, warisan bangsa amat perlu untuk dipelihara. Oleh itu, pelbagai usaha dilaksanakan bagi memastikan warisan budaya kita terus mendominasi kehidupan masyarakat. Saya amat tertarik dan kagum akan usaha Allahyarhamah Datin
Seri Endon Mahmood, isteri Perdana Menteri kita, yang berusaha gigih agar batik dan songket kembali segar dalam masyarakat. Begitu juga usaha mantan Menteri Pertanian, Datuk Seri Sanusi Joned yang bekerja keras mempopularkan makanan kampung iaitu ikan patin, ikan lampan, ikan talapia dan ulam-ulaman. Di bawah pengawasan Kementerian Pertanian pada ketika itu, pelbagai promosi dilakukan di hotel-hotel, di pasar-pasar tani dan pasar-pasar malam.Selain itu, usaha gigih kerajaan Melaka mengekalkan bangunanbangunan bersejarah di Banda Hilir , Melaka amat disyukuri. Hal ini demikian kerana, Banda Hilir ialah mercu tanda sejarah negara kita. Semangat cinta akan negara
sewajarnya berkobar-kobar dalam jiwa setiap generasi apabila melihat kesan-kesan
peninggalan penjajah. Oleh itu, mulai hari ini, sama-samalah kita menghargai
warisan bangsa kita. Hanya bangsa yang kenal jati diri ialah bangsa yang dihormati.
Sekian saja, rancangan SEMBANG PAGI. Saya sudahi dengan assalamualai’kum. Sehingga jumpa lagi.
(TEKS UJIAN LISAN BERKUMPULAN)
Latihan karangan 3 2011
Soalan:
Kegiatan jenayah di negara kita semakin leluasa. Pada pendapat anda, apakah peranan yang perlu dilakukan oleh masyarakat untuk membanteras kegiatan jenayah ini.
Jawaban:
Strategi:
T=Membanteras Kegiatan Jenayah
K=Peranan Masyarakat
F=Umum
Isi:
1. Bekerjasama dengan pihak polis. Contoh: Menyertai Rakan Cop
2.Peka terhadap persekitaran dan isu semasa. Contoh: Mengambil berat tentang kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan setempat.
3. Mengadakan kempen Cegah Jenayah di Kawasan setempat. Sebagai contohnya: Bekerjasama dengan Kementerian Keselamatan Dlm Negeri dan Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat untuk menganjurkan kempen tersebut.
4. Bekerjasama mengawal keselamatan kawasan tempat tinggal. Contoh:Menubuhkan Rukun Tetangga
Peribahasa yang perlu dimasukkan:
1. cubit paha kiri paha kanan terasa juga
2. mata dan telinga
3. muafakat membawa berkat
4. berat sama dipikul ringan sama dijinjing
5. Bersatu teguh bercerai roboh
6. Menjaga tepi kain orang
7. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
8. Bagai aur dengan tebing
9. ada hati
10. mengambil berat
11. bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
12. Jiran sepakat membawa berkat
13. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan
14.ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni
15. menjadi duri dalam daging
16. gunting dalam lipatan
17. buah mulut
Monday, January 10, 2011
CONTOH JAWAPAN LATIHAN KARANGAN 2011
Nyatakan tindakan-tindakan yang boleh dilaksanakan untuk mencapai matlamat ini.
Amalan menyimpan wang bolehlah dikaitkan sebagai sikap suka menabung dalam kalangan masyarakat moden. Wang dianggap oleh masyarakat sebagai satu kayu pengukur dalam penentuan kejayaan kehidupan seseorang itu. Individu yang mempunyai simpanan wang yang cukup pasti akan menikmati satu kehidupan yang jauh berbeza daripada mereka yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Lantaran itu, ada pelbagai tindakan yang boleh dilaksanakan untuk memastikan sikap menyimpan wang ini menjadi satu budaya kita yang berakar umbi dalam jiwa masyarakat.
Langkah awal ialah kerajaan perlulah mengadakan satu kempen kesedaran yang efektif. Kempen kesedaran ini boleh menggunakan kecanggihan media massa yang wujud di negara ini untuk mencapai tahap keberksanan yang sebaik mungkin. Dalam kempen ini dijelaskan cara-cara menyimpan wang, faedahnya dan dirangka dalam satu bentuk yang mudah untuk difahami oleh remaja kita semua. Maka, kempen yang dirangka dengan baik dan dilaksanakan sepanjang tahun berupaya untuk membentuk satu kesedaran dalam naluri masyarakat kita terutamanya remaja yang sememangnya dahagakan kesedaran sejati itu.
Selain itu, ibu bapa perlu memainkan peranan mereka sebagai pembentuk yang sejati dengan memberikan teladan yang sewajarnya. Setiap bulan ibu bapa haruslah memaparkan kepada anak mereka bahawa mereka memang membuat simpanan wang di dalam bank yang akan meninggalkan kesan mendalam dalam pemikiran anak mereka itu kelak. Kalau sejak kecil remaja sudah didedahkan dengan sikap ibu bapa merek sendiri yang suka menyimpan wang sudah pasti sikap yang positif ini akan terus tertanam dalam jiwa mereka. Sesungguhnya ayah borek anak rintik menjadi bukti bahawa teladan ibu bapa yang mampu mewujudkan tabiat suka menyimpan dalam jiwa remaja kita itu.
Malahan, pihak bank juga boleh mewujudkan pelbagai pakej simpanan yang menarik dan memberikan pulangan pelaburan jangka panjang yang banyak. Kewujudan pakej simpanan sebegini mampu menarik minat masyarakat terutama golongan muda untuk membuat simpanan ketika usia mereka masih muda kerana menyedari simpanan itu akan membawa pulangan yang lumayan kelak. Simpanan yang dibuat sejak muda hendaklah diberi sedikit keistimewaan yang memberikan faedah tambahan seperti pemberian perlindungan insuran selain memberikan faedah yang tinggi kadarnya. Jelaslah, pihak bank turut mempunyai peranan untuk memupuk semangat suka menyimpan ini dengan merangka pakej simpanan yang mampu menarik minat masyarakat.
Tambahan pula, pihak sekolah juga boleh menghulurkan bantuan dengan mewujudkan Kelab Menabung di sekolah. Kita semua sedia maklum bahawa sekolah mempunyai banyak pelajar yang mampu untuk menyimpan dalam bentuk harian yang boleh dikumpulkan untuk menjadi satu jumlah yang besar lalu boleh dilaburkan oleh pihak sekolah dalam pakej kewangan yang membawa keuntungan pula. Wang saku yang diberi oleh ibu bapa tidak digunakan sepenuhnya oleh pelajar lalu boleh dijadikan asas kepada simpanan secara sedikit demi sedikit oleh pelajar itu. Sesungguhnya, pihak sekolah mampu memberi kefahaman kepada pelajar akan kepentingan simpanan dengan penubuhan kelab sebegini di sekolah.
Konklusinya, semua tindakan yang dijelaskan itu berupaya untuk memupuk sikap suka menyimpan dalam diri masyarakat terutama golongan muda. Kerjasama semua pihak terutama pihak sekolah dan ibu bapa pula memberikan impak yang paling penting kerana remaja menghabiskan masa mereka di rumah dan sekolah. Jika amalan ini mampu dipupuk sudah pasti negara kita akan mempunyai satu aset simpanan wang yang sukar untuk ditandingi oleh mana-mana negara di dunia pun. Sememangnya menyimpan wang itu satu amalan murni kerana sedikit demi sedikit lama-lama menjadi bukit.
Wednesday, January 5, 2011
BAHAN BACAAN UNTUK TAJUK PATI
Kebanjiran pendatang tanpa izin (PATI) ke negara ini belakangan ini mendatangkan pelbagai imlikasi kepada masyarakat setempat.
Huraikan langkah-langkah menangani masalah PATI dan cadangan penyelesian terhadap permasalahan itu.
PERINGATAN :
Anda mestilah menghasilkan sebuah karangan untuk Kertas 1, Bahagian B yang panjangnya tidak kurang 350 patah perkataan. Karangan anda mesatilah berkisar mengenai tugasan yang diberikan.
Untuk membantu pelajar-pelajar memperoleh isi karangan bertemakan PATI (pendatang Tanpa Izin, di bawah adalah link kepada bahan bacaan tersebut.
1. http://beritasemasa.com/pendatang-asing-tanpa-izin-pati-di-malaysia
2.http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendatang_tanpa_izin
3. http://www.scribd.com/doc/18479004/Kesan-kemasukan-pendatang-asing-tanpa-izin
4.http://mazlan66.wordpress.com/2008/02/28/kesan-kesan-kemasukan-pendatang-asing-tanpa-izin-kepada-negara-ini/
5.http://rashid1218.tripod.com/janmel1.html
6.http://mazlan99.blogspot.com/2008/07/kesan-kesan-kemasukan-pendatang-asing.html
7. http://www.mohr.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1748%3Atindakan-tegas-ke-atas-majikan-guna-pati&catid=150%3Anews&Itemid=161&lang=en
8. http://teresakok.blogsome.com/2006/07/18/jawapan-parlimen-mengenai-statistik-pekerja-asing-di-malaysia/
(saringkan isi kepada punca, kesan dan langkah mengatasi masalah PATI)
Tugasan mestilah diserahkan kepada guru Bahasa Malaysia kelas anda pada atau tidak lewat jam 12.00 tengah hari 19 Januari 2011. Lampirkan karangan anda bersama sekeping peta minda yang mencatat maklumat mengenai hasil kerja anda.
Sunday, January 2, 2011
SESI BARU PERSEKOLAHAN 2011
Untuk makluman semua, moderator cikguanda.blogspot.com akan melakukan beberapa pengubahsuaian terhadap isi kandungan dan konsep persembahan laman ini untuk kelihatan lebih ceria, lebih bernilai tambah dan bermaklumat. Jadi, selalulah berkunjung ke laman ini untuk mengikuti perkembangannya dari masa ke masa serta mengutip pelbagai informati yang disediakan.
Thursday, November 25, 2010
LAMAN PERBINCANGAN MAYA CIKGU ANDA
Untuk itu, anda boleh berkunjung ke laman berikut :
http://s4.zetaboards.com/CIKGU_ANDA/index/
Selamat berbincang secara maya.
Wednesday, November 17, 2010
Karangan Contoh SPM 2010
Zaman beralih dan musim berubah. Fasa demi fasa perubahan dunia telah berlaku. Dari zaman falsafah ke Zaman Renaissance, bertukar pula ke zaman industri dan zaman atom, kini sampailah pada hari ini yang disebut dengan zaman teknologi maklumat (ICT). Dalam setiap zaman yang dilalui oleh manusia telah menempuh pelbagai cabaran dan seyogianya manusia memperoleh pelbagai input baharu. Daripada pelbagai sumber pengetahuan, penemuan bidang ICT telah berjaya menginjak tamadun dunia kepada situasi yang lebih kompetitif. Teknologi ICT telah mewajarkan manusia mencapai pelbagai kemajuan lebih-lebih lagi dalam bidang ilmu pengetahuan dan maklumat yang paling canggih. Sesungguhnya, kemajuan teknologi ini meninggalkan pelbagai implikasi atau kesan sama ada implikasi yang positif atau negatif.
Kehadiran teknologi maklumat merupakan anugerah istimewa kepada dunia pendidikan. Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi maklumat. Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dengan pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya. Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui iklan di surat khabar menjelaskan hakikat ini. Iklan tersebut berbunyi, “Jika anda sakit dan tidak dapat menghadiri sekolah, kami akan menghantar guru ke rumah anda!” Iklan tersebut memaparkan gambar seorang budak yang sakit menggunakan komputer untuk meneruskan pelajarannya tanpa perlu pergi ke sekolah. Begitulah kelebihan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan.
Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisien dengan adanya kemudahan maklumat ini. Dunia hari ini heboh tentang e-niaga iaitu cara perniagaan melalui elektronik. Syarikat-syarikat e-niaga muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir semua perniagaan sekarang mengiklankan alamat laman sesawang mereka beserta alamat mel elektronik atau e-mel. Kini, istilah www.sesuatu.com.my bukan lagi satu perkara yang asing. Pelbagai barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli melalui internet, bukan sahaja dari peringkat glokal malah dari seluruh pelosok global ini. Syarikat-syarikat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam hal ini malah tidak beberapa lama dahulu ada berita di surat khabar yang mengkhabarkan seorang suri rumah tempatan mengambil pesanan nasi lemak melalui e-mel. Jadi, jelaslah bahawa perkembangan teknologi maklumat membawa kesan positif dari aspek perniagaan.
Di samping itu, kemajuan teknologi maklumat juga meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran industri kita. Perkembangan teknologi maklumat secara langsung atau tidak membantu meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat serta dengan kesilapan yang amat minimum. Umpamanya, dengan adanya e-mel, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan negara, masa dan ruang. Tanpa teknologi maklumat, kita tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Produk kita akan dicap sebagai ketinggalan zaman. Mujurlah, kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi tumpuan kepada pembangunan teknologi maklumat. Hal ini dapat dibuktikan ketika Bill Gates, insan terkaya di dunia melawat Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multimedia Super Corridor (MSC) di kawasan seluas 750 kilometer persegi, dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), beliau memuji Malaysia sebagai negara yang paling serius dalam membangunkan pusat multimedianya. Oleh itu, terbuktilah bahawa pembangunan teknologi maklumat membolehkan Malaysia berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain.
Dari segi sosialnya pula, pembangunan teknologi maklumat mengeratkan hubungan antara rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar dari mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat disalurkan agar rakyat dapat membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan seharian. Hubungan melalui mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada panggilan telefon dan jauh lebih pantas daripada penghantaran surat. Selain itu, hubungan antara negara terutamanya pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Semangat persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk dalam kalangan rakyat pelbagai negara dan berbilang kaum. Bukankah teknologi ini satu anugerah yang tiada tolok bandingnya?
Walau bagaimanapun, pembangunan pesat teknologi maklumat tidak bebas daripada implikasi negatifnya. Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek negatif yang boleh menggugat keamanan negara. Maka, tidak hairanlah apabila terdapat sesetengah pihak yang menggunakan teknologi ini untuk yang menyampaikan khabar yang tidak berasas dan berbaur fitnah. Di Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin. Contohnya, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999 di Chow Kit, Kuala Lumpur yang disebarkan melalui internet pada suatu ketika dahulu. Khabar angin ini pasti mempengaruhi rakyat untuk bertindak di luar batasan kemanusiaan. Semua ini boleh membawa kemudaratan kepada negara kita sendiri. Sekiranya kerajaan tidak mengawasi pergerakan golongan yang berniat jahat ini, keadaan anarki mungkin terpaksa dihadapi oleh negara dan rakyat kita. Aspek negatif internet inilah yang sukar dibendung oleh sesiapa.
Teknologi maklumat juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya dalam kalangan generasi muda. Gambar dan bahan pornografi mengisi kebanyakan daripada ruang maya dalam internet. Remaja yang mendahagai pengetahuan seks dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini yang bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing ingin mengaut keuntungan besar dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam. Masalah ini juga merebak dengan cepat bagai belut diketil ekor dalam kalangan pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Hal ini turut memeningkan kepala para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman negatif ini. Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat memburukkan keadaan lagi. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan perkongsian maklumat negatif dalam kalangan remaja dan belia. Sesungguhnya, teknologi maklumat sememangnya menyebarkan unsur-unsur lucah dan meningkatkan kebejatan akhlak remaja kita.
Sebagai penutup bicara, teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan, namun pada masa yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara kita. Jadi, sebagai pengguna yang bijak kita tidak harus menyalahgunakan kemudahan teknologi maklumat ini. Semua pihak harus bersinergi bagai aur dengan tebing dan mengambil langkah sederap untuk memastikan tiada unsur negatif yang berlaku seiring dengan ledakan teknologi berinformasi ini. Sudah menjadi tugas kita bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang keruh. Semoga impian negara untuk melahirkan masyarakat yang maju dan berinformasi tercapai bagi memudahkan negara merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020. Sesungguhnya Saidina Ali Abi Talib pernah berkata bahawa manusia yang berdagang dengan ilmu maka ilmunya akan bertambah tetapi apabila manusia berdagang dengan harta maka hartanya semakin berkurang.
Kosa kata:
1. seyogia – sepatutnya, selayaknya
2. input – sumber
3. menginjak – mengubah
4. kompetitif – bersaing
5. glokal – tempatan
6. berbaur – bercampur
7. anarki – porak-peranda
8. wahana – saluran
9. kebejatan – keruntuhan
Dicatat oleh Cikgu Anelyza
USAHA TANGGA KEJAYAAN
“Doa kami (guru-guru) sentiasa mengiringi kejayaan anda. Semoga anda mendapat A+ untuk BM dalam SPM 2010 kelak”
Thomas Edison – “Orang yang tidak mengasah mindanya dengan membaca terlepas banyak peluang dalam hidup.”
Alexander of Macedon – “Kita terhutang budi kepada ibu bapa yang membesarkan kita tetapi kita tidak dapat membalas budi guru yang menjadikan hidup kita sempurna.”
James Michener – “Jangan katakan esok apabila hari ini dapat anda lakukan kerana apabila hari ini anda berdalih, anda juga akan berdalih esok.”
Aristotle – “Apabila mahukan kejayaan, janganlah hanya mengira anak-anak tangga tetapi panjatlah anak-anak tangga itu satu persatu.”
Thomas Edison – “Kecerdikan ialah satu peratus inspirasi dan 99 peratus lagi memerlukan kerja keras.”
Kepentingan Memulihara Bangunan Bersejarah
(AT) Pembangunan di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat seiring dengan nama Malaysia yang kini lebih dikenali sebagai negara yang sedang membangun. Banyak kilang perindustrian, pusat beli-belah dan rumah dibina yang menggunakan ruang yang luas sehingga memakan tanah yang berhektar-hektar. Antara isu yang hangat yang telah dibincangkan di kedai kopi sehingga sidang di Dewan Parlimen mutakhir ini ialah isu meruntuhkan bangunan bersejarah tetapi perbincangan itu telah membuat keputusan muktamad untuk tidak meruntuhkan bangunan tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat juga negara-negara yang telah merobohkan bangunan bersejarah seperti di Surabaya, Jakarta. Mengapakah ada kejadian seperti ini berlaku? Adakah perlu bangunan tersebut diruntuhkan? Tepuk dada tanyalah selera. (AA)Sebenarnya, terdapat pelbagai kepentingannya kita perlu mengekalkan bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita.
(AI1) Satu daripada kepentingan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialah bangunan bersejarah atau monumen dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu era atau peristiwa sejarah yang telah berlaku. (AH) Monumen, mengikut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat bermaksud bangunan yang dibina untuk memperingati seseorang atau peristiwa penting. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 50 tahun, kesan yang ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti British, Belanda dan Portugis masih dapat dilihat dan perlu dijaga dan bukanlah untuk dimusnahkan. Di samping itu, bangunan bersejarah amat penting untuk generasi kini dan juga generasi yang akan datang kerana dengan kewujudan bangunan bersejarah, kita dapat membuktikan bahawa sejarah Malaysia yang telah dibukukan oleh penulis-penulis yang terkenal merupakan sesuatu yang realistik dan bukanlah cerita-cerita dongeng, mitos atau lagenda. (AC) Sebagai contohnya, zaman kegemilangan bandar pelabuhan Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16 dapat dirasai dengan wujudnya Pintu Gerbang Porta de Santiago, Gereja Christ, Bangunan Stadhuys dan Gereja St.Paul. Selain itu, Kota Cornwallis, Masjid Kling, Gereja St.George di Georgetown, Pulau Pinang dapat mengimbas kembali detik-detik sejarah negara yang pernah suatu masa dahulu dijajah dan juga dapat membuktikan berlakunya penjajahan awal pemerintahan British di Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-18. (AKI) Tegasnya, usaha meruntuhkan bangunan bersejarah dan monuman negara tidak wajar dilaksanakan.
(AI2) Pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangunan bersejarah perlu diruntuhkan adalah tidak berasas kerana bangunan bersejarah dan monumen lama dapat memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat terutamanya remaja kini yang mempunyai semangat patriotisme yang semakin menipis. (AH)Walaupun ada antara bangunan bersejarah yang hanya menggambarkan sejarah hitam negara namun jika kita menghayati sejarah di sebalik bangunan tersebut semula serta mengambil pengajaran daripada peristiwa yang telah berlaku, maka kita dapat terus mara ke hadapan tanpa mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu. (AC) Sebagai contohnya, Kota A Famosa di Melaka yang merupakan sebuah kubu pertahanan yang kukuh telah dibina oleh Portugis setelah mereka berjaya menakluki Melaka dapat dijadikan iktibar. (AHC) Penaklukan ini terjadi kerana terdapatnya masalah perpaduan, kelemahan kepemimpinan dan juga kelemahan tentera yang mengawal Melaka. Negara kita juga mampu menjadi negara yang setaraf dengan negara-negara maju yang lain sekiranya kita tidak mengambil mudah dan mengambil iktibar daripada sejarah negara. (AKI) Tuntasnya, bangunan bersejarah di negara kita sememangnya tidak perlu diruntuhkan kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.
(AI3) Bukan itu sahaja, dari sudut pelancongan pula, bangunan bersejarah dan monumen dapat menarik pelancong baik pelancong tempatan mahupun pelancong dari luar negara untuk melawat ke negara kita. (AH) Bangunan ini juga menjadi salah satu faktor dominan pelancong bercuti di negara kita selain menyaksikan kehebatan bangunan yang moden seperti Menara Berkembar Petronas. (AC) Di samping itu, pelancong juga dapat melawat bangunan bersejarah dan melihat monumen-monumen yang terdapat di sekitar bangunan selain menikmati keindahan alam semula jadi negara kita dan artifak-artifak di dalam muzium dan galeri seni lukis. Oleh itu, bangunan bersejarah tidak perlu diruntuhkan sebaliknya dipulihara dan diubah suai. (AC) Sebagai contohnya, bangunan lama hendaklah diubah suai untuk dijadikan muzium, galeri seni lukis dan pusat pelancongan. Fenomena ini sudah menjadi suatu perkara biasa di beberapa buah negara Eropah seperti di England, Perancis, Itali, dan Belanda. Bandar-bandar bersejarah seperti York, Bath, Oxford, dan Cambridge di England telah berjaya melindungi sebahagian besar daripada bangunan bersejarah mereka dengan baik. (AHC) Usaha seperti ini dapat menarik pelancong dari seluruh dunia dengan lebih banyak dan dapat menjadi sumber pendapatan negara. (AKI) Oleh itu, bangunan dan monumen ini secara tidak langsung dapat membantu industri pelancongan negara.
(AI4) Di samping itu, bangunan dan monumen lama juga memainkan peranan yang penting dalam pendidikan di negara kita khususnya para pelajar dan penyelidik. (AH) Pelbagai ilmu yang dapat dipelajari dengan memahami dan mengkaji bangunan dan monumen lama. (AC) Sebagai contohnya, dengan terdapatnya bangunan dan pancutan air Horse di sekitar Dataran Merdeka dan Masjid Jamek di pertemuan Sungai Gombak dan Klang di Kuala Lumpur, seseorang dapat mengetahui bukan sahaja kepentingan Kuala Lumpur dalam era kolonial British tetapi juga kehidupan dan kebudayaan masyarakat penjajah dan tempatan pada ketika itu. Bangunan Kelab Di Raja Selangor dan Dataran Merdeka telah dibina bagi kemudahan sosial dan rekreasi khasnya kepada rakyat British dan Eropah yang berkhidmat di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19. Begitu juga halnya dengan kepentingan pancutan air Horse yang telah dibina di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Raja Laut pada tahun 1897. Pancutan air Horse dibina sebagai memperingati seorang inspektor polis negeri Selangor, iaitu Encik Steve Harper. Pemuliharaan dan penghayatan kemaslahatan bangunan bersejarah dapat memahamkan pelajar tentang peri pentingnya semangat cinta akan tanah air kerana tak kenal maka tak cinta melalui apabila para. (AKI) Sesungguhnya, bangunan bersejarah dan monumen sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri.
(AI5) Pemuliharaan terhadap bangunan-bangunan bersejarah itu dapat membuktikan bahawa generasi kini tidak pernah melupakan jerih payah perjuangan masyarakat silam. (AH) Selain menikmati kesenangan dan keselesaan hasil titik peluh warga terdahulu, masyarakat hari ini dapat mencurahkan rasa syukur dan kasih sayang mereka terhadap golongan yang berjaya menyediakan tapak yang kukuh untuk mewujudkan sebuah tamadun. (AC) Buktinya, jutaan ringgit diperuntukkan untuk memelihara dan memulihara bangunan bersejarah di seluruh tanah aiar terutamanya di kawasan-kawasan bersejarah seperti di Melaka, Kuala Lumpur dan Perak. (AKI) Jadi, usaha memelihara dan memulihara bangunan yang dibina oleh masyarakat silam dan menjadikannya sebagai monumen bersejarah merupakan usaha untuk menghargai jasa mereka kerana harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan usaha ini sentiasa dilaksanakan dari semasa ke semasa.
(AR) Secara tuntas, bangunan bersejarah amat penting dalam pembentukan minda generasi muda negara terutamanya ke arah penghayatan warisan dan khazanah negara. Bangunan dan monumen yang bersejarah merupakan aset yang patut dipelihara dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Dengan terdapatnya bangunan bersejarah, generasi baharu akan lebih menghargai dan peka akan perkembangan sejarah negara. Hal ini akan membentuk masyarakat yang sensitif terhadap sebarang perobohan atau pemusnahan bangunan bersejarah. (ACd) Sesungguhnya, pihak kerajaan pula perlulah mewartakan bangunan bersejarah sebagai bangunan yang perlu dikekalkan. Oleh hal yang demikian, mana-mana pihak yang merobohkan atau memusnahkan bangunan bersejarah, mereka perlulah dikenakan tindakan undang-undang. (AHrp) Cintailah sejarah ibu pertiwi kita demi kematangan perjuangan rakyat kita kerana nilai sejarah tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
FOKUS KARANGAN SPM
TEMA : SEMANGAT KEJIRANAN
ARAHAN: LANGKAH PEMUPUKAN
PENDAHULUAN:
AT:
- Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah sama ada di sebelah, di hadapan atau di belakang rumah.
- dianggap sebagai sahabat pada waktu kesusahan – jiran sepakat membawa berkat
- semangat kejiranan ialah semangat membantu masyarakat di sekeliling
- semangat kejiranan semakin luntur kerana sikap masyarakat yang terlalu sibuk bekerja dari pagi hingga malam lalu tiada masa untuk bertegur sapa dengan jiran
AA :
- mempunyai kepentingan – langkah-langkah pragmatik perlu diambil untuk memupuk semangat kejiranan
ISI 1:
AI – menubuhkan persatuan / pertubuhan
AH:
- membentuk persatuan yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur
- melibatkan semua penduduk sebagai ahli tanpa mengira kaum
- Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Pertubuhan Khairat Kematian dan sebagainya
AC:
- Pertubuhan Rukun Tetangga – bergilir-gilir mengawasi keselamatan setempat untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini
- mengadakan rondaan bergilir-gilir – memaparkan sikap kerjasama bagai aur dengan tebing
AKI:
- Penubuhan persatuan / pertubuhan dapat mengeratkan hubungan antara jiran
ISI 2:
AI – mengadakan aktiviti gotong-royong
AH:
- jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang untuk menjayakan aktiviti tersebut - dapat berkenal-kenalan dan dapat mengenali hati budi jiran dengan lebih dekat kerana tak kenal maka tak cinta
AC:
- membersihkan kawasan taman perumahan, mengadakan kenduri-kendara dan sebagainya
AKI:
- Aktiviti serampang dua mata – hubungan silaturahim antara jiran terjalin dan kebersihan terjamin
ISI 3:
AI – mengadakan majlis rumah terbuka
AH:
- dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan
- jiran dapat bertanya khabar dan berkongsi pengalaman
- berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah
AC:
- Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas dan sebagainya dijadikan acara tahunan
AKI:
- mampu merapatkan hubungan antara jiran
ISI 4:
AI – Mengadakan aktiviti Hari Keluarga
AH:
- semua ahli keluarga jiran turut serta
- kemesraan akan terjalin antara semua kaum dan peringkat usia
AC:
- aktiviti berkayak, sukaneka, perlawanan bola sepak, bola tampar dan sebagainya
AKI :
- Di samping dapat mengeratkan hubungan antara jiran, badan juga akan menjadi lebih sihat dan cergas
ISI 5:
AI – menyemarakkan budaya kunjung-mengunjungi / ziarah-menziarahi
AH:
- dapat mengetahui masalah dan kesusahan jiran
- melahirkan rasa simpati dan keprihatinan
- berpegang pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa juga – dapat merasai segala kesusahan dan keperitan jiran
- dapat meringankan beban penderitaan dan menggembirakan hati jiran kerana berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
AC:
- menziarahi jiran di hospital apabila dirundung malang
AKI
- semangat kejiranan dapat dipupuk apabila keprihatinan dan keikhlasan ditunjukkan
ISI 6:
AI – Kerajaan mengadakan kempen kesedaran
AH:
- menyampaikan mesej tentang kepentingan semangat kejiranan
- menggunakan wadah media massa untuk menyampaikan mesej
- masyarakat akan mula mempersoalkan semangat kejiranan mereka dan berusaha untuk meninggalkan semangat itu
- kempen perlu berterusan atau berketiak ular dan bukannya hangat-hangat tahi ayam
AC:
- menyiarkan iklan yang menarik
AKI:
- peranan kerajaan juga penting untuk memupuk semangat kejiranan
PENUTUP
AR:
- sikap mementingkan diri sendiri bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dan sikap apati pada era ini perlu dikikis dalam setiap sanubari anggota masyarakat
ACd:
- semangat kejiranan yang menebal akan mengukuhkan perpaduan negara – bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
AHrp:
- berusaha dan bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk memastikan semangat kejiranan terpelihara demi memastikan keamanan dan keharmonian negara terpelihara
Saturday, November 13, 2010
CONTOH KARANGAN TEMA PERPADUAN
Perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu dipupuk dari semasa ke semasa. Usaha ini amat penting dilakukan untuk memastikan keamanan negara sentiasa terpelihara. Pernahkah terlintas dalam benak kita tentang apakah yang dimaksudkan dengan ‘perpaduan rakyat’? Mengikut definisi yang diberikan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perpaduan rakyat dapat diertikan sebagai rakyat berganding bahu untuk melakukan sesuatu dan sentiasa menyelesaikan masalah secara musyawarah. Persoalannya ialah apakah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi memastikan perpaduan rakyat dapat dikekalkan dan ditingkatkan?
Satu daripada langkah yang perlu dilakukan ialah rakyat Malaysia haruslah mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi terutamanya nilai toleransi. Hal ini amat penting untuk mengelakkan berlakunya sebarang pertelingkahan atau perselisihan faham yang akan memecahbelahkan rakyat Malaysia. Menurut Tun Dr. Mohathir Mohamad, mantab Perdana Menteri Malaysia ke-4, kita haruslah mengetepikan emosi yang akan menyebabkan perpecahan. Oleh itu, rakyat Malaysia haruslah meneruskan kehidupan dalam suasana yang aman dan saling membantu atau bekerjasama serta mengikis sikap ‘bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing untuk memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat terus berkekalan.
Selain itu, badan bukan kerajaan (NGO) juga memainkan peranan yang penting dengan mengadakan pelbagai kempen untuk meningkatkan perpaduan. Dalam hal ini, mereka hendaklah menganjurkan ceramah yang bertajuk seperti “ Perpaduan Teras Kejayaan”. Aktiviti sebegini haruslah diadakan secara berterusan dan bukannya setakat hangat-hangat tahi ayam sahaja. Hal ini amat penting kerana melalui aktiviti tersebut, rakyat Malaysia akan terdedah dengan kepentingan perpaduan. Persengketaan dan perpecahan yang berlaku seperti di kebanyakan negara di dunia disebabkan mereka tidak sedar akan kepentingan perpaduan. Puncanya ialah ketiadaan kempen yang dijalankan secara berterusan. Oleh hal yang demikian, sesebuah negara yang dahulunya mempunyai perpaduan yang erat dalam kalangan rakyat, kini, mereka hidup porak-peranda. Adakah kita mahu agar perkara sebegini berlaku di negara kita? Jawapannya tentulah tidak!
Pertubuhan seperti Rukun Tetangga pula seharusnya mengadakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelbagai kaum. Melalui aktiviti tersebut, rakyat pelbagai kaum akan dapat saling memahami budaya kaum yang lain. Dengan ini, perpaduan rakyat dapat dikekalkan. Sebagai contohnya, mereka haendaklah menganjurkan aktiviti Majlis Rumah Terbuka sempena hari perayaan supaya dapat dihadiri oleh semua penduduk. Melalui aktiviti seperti ini, perkara sensitif yang melibatkan kaum tertentu dapat dielakkan dan rakyat pula tidak akan membangkitkan persoalan tersebut dan seterusnya mengelakkan berlakunya pertelingkahan mahupun pertelagahan yang tidak diingini. Mereka juga harus memahami bahawa ‘ bersatu teguh bercerai roboh’.
Pernahkan terlintas dalam fikiran kita bahawa ibu bapa juga memainkan peranan yang penting bagi memastikan perpaduan rakyat dapat dikekalkan? Ibu bapa merupakan orang yang terdekat dengan anak-anak. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa mendidik anak-anak mereka dengan nilai-nilai yang murni seperti toleransi. Berbalik pada zaman tradisi, asuhan dalam keluarga merupakan pendidikan yang paling ampuh bagi kanak-kanak mempelajari nilai-nilai murni daripada ibu bapa mereka. Oleh sebab itu, ibu bapa hendaklah menunjukkan teladan kepada anak-anak mereka agar anak-anak bergaul dengan kawan-kawan daripada pelbagai kaum dengan harmoni. Pepatah Melayu mengatakan bahawa bagaimana acuan begitulah kuihnya. Melalui cara ini, anak-anak akan menjaga sensitiviti kaum lain dan tidak akan menimbulkan masalah atau pergaduhan yang akan menyebabkan perpaduan tidak dapat dikekalkan.
Sebagai konklusinya, semua pihak haruslah berganding bahu ibarat ke bukit sama-sama didaki, ke lurah sama-sama dituruni untuk memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat dapat dikekalkan. Janganlah meranapkan impian Malaysia untuk mencapai wawasan 2020. Biar matahari terus bersinar, biar pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia terus gemilang. Ingatlah bahawa sekali sahaja perpaduan hancur, maka sukarlah untuk kita membinanya kerana telur sesanggkak, pecah sebiji pecah semuanya.
Ditulis oleh:
Oleh : Vincent Kok Chin Keong
Monday, November 8, 2010
ULANG KAJIN TERANCANG MENJELANG SPM
Kertas 1
Bahagian A- Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan
Pilihan 1 Rajah – Amalan Gaya Hidup Sihat/Penayakit Obesiti
Pilihan 2 Gambar – Bangunan Bersejarah
Pilihan 3 Gambar-Pengangkutan Awam
Pilihan 4-Gambar tentang Pembuangan Bayi
Pilihan 5-Gambar tentang Kemalangan Jalan Raya
Bahagian B
Soalan 1-Tema Remaja/Diri Pelajar
Pilihan 1- Usaha untuk menangani Perlumbaan Motosikal Haram
Pilihan 2- Peranan Remaja untuk meningkatkan semangat perpaduan
Pilihan 3- Laporan tentang satu kegiatan yang pernah diikuti.
Pilihan 4-Kerjaya yang dipilih dan nyatakan cara anda untuk merealisasikannya.
Pilihan 5-Bincangkan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menjadi modal insan yang bertaraf dunia/kelas pertama/yang cemerlang.
Soalan 2-Tema Keluarga
Pilihan 1-Peranan Ibu bapa untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan ahli keluarga.
Pilihan 2-Kebaikan mengadakan pelbagai sambutan dalam kalangan ahli keluarga.
Pilihan 3-Gejala sosial berpunca daripada ibu bapa. Bincangkan
Pilihan 4-Cara ibu bapa untuk memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak.
Pilihan 5-Usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk membentuk keluarga bahagia.
Soalan 3-Tema: Persekitaran/Sekeliling Pelajar/masyarakat
Pilihan 1-Amalan Gotong-royong, amalan kunjung-mengunjungi, semangat kejiranan
Pilihan 2- Pengangkutan Awam-masalah, usaha
Pilihan 3-Pendidikan Maya/Pendidikan Sepanjang Hayat/Masalah Buta Huruf
Pilihan 4-Pelaburan/Kebaikan menabung/Pelaburan Asing/Skim Cepat Kaya
Pilihan 5-Gejala sosial-kes ragut/pembuangan bayi/perlumbaan motosikal haram
Soalan 4-Global/serantau
Pilihan 1- Senjata Nuklear- Semua negara di dunia perlu menghentikan program senjata nuklear. Bincangkan.
Pilihan 2-Peranan negara di dunia untuk menangani masalah pencemaran.
Pilihan 3-Kepentingan perpaduan dalam kalangan negara serantau.
Pilihan 4-Peranan negara serantau untuk membantu negara yang dilanda bencana.
Pilihan 5-Bentuk kerjasama yang perlu dilakukan dalam kalangan negara serantau.
Soalan 5- Komsas
Pilihan 1- Ulasan salah satu cerpen yang telah anda baca.
Pilihan 2- Menulis cerpen yang bertemakan perpaduan atau semangat patriotik
Pilihan 3- Usaha-usaha untuk menarik minat remaja meminati sastera.
Pilihan 4-Menulis karangan berdasarkan peribahasa `Bersatu Teguh Bercerai Roboh’.
* Beri perhatian kepada tema-tema berikut untuk SPM 2010. Bagaimanapun jangan kesampingkan tema-tema lain yang turut berpotensi ditanya dalam peperiksaan SPM tahun ini.
* Bincangkan perkara ini bersama guru anda di sekolah.
Sumber : Cikgu Ghalib Yunus
